Assalamualaikum... Kami menawarkan poster Salasilah Rasul dengan harga yang sangat murah. Jika di pasaran sekarang RM 10.00. Di sini kami menawarkan harga RM 8.00 termasuk kos penghantaran ( Tidak termasuk sabah dan Serawak ). Untuk penghantaran sekitar Kota Bharu tidak akan dicas, harga dikurangkan kepada RM 5.00 Sahaja. Hubungi kami 019-9182182/ 019-9009182. Ustaz Ilham Dan Ustazah W. Nor Hidayah atau 019-3837225 Cikgu Syamimi.
Khat merupakan aplikasi perjuangan Islam secara halus. Sehingga kini khat mampu melonjakkan nilaian Islam di mata manusia.
Jumaat, 5 November 2010
Rabu, 3 November 2010
Tulisan-Tulisan Baru
Sedia untuk Ditempah Dan Dijual. Pada Harga Yang Berpatutan Sila Hubungi talian sebagaimana di Gambar
JAKIM ( Pendidik )
Dalam Proses- Tempahan MAIWP-
Khamis, 28 Oktober 2010
Isnin, 18 Oktober 2010
Bersedia Bertemu Anda Dengan Wajah Baru
Global Miracle Resources ( Tempahan Dari Syarikat Yang Memberikan Kerjasama Kepada Pihak Keindahan Khat )
Selawat al-Fatih (Tariqat al-Tijaniyyah )
Alhamdulillah, kini keindahankhat.blogspot.com telah bekerjasama dengan syarikat Global Miracle dalam memasarkan tulisan khat. Di samping itu, dalam mengorak langkah lebih maju, kini pihak kami bersedia menerima tempahan untuk projek-projek mega. Sehubungan itu, kepada pelanggan-pelanggan sekalian, sila hubungi kami seperti talian tersebut 019-9182182 (Pengurus blog-Ilham) 013-6676885 (Pengurus Global Miracle-Kamarul Azmi) 019-9008182 ( Puan W.N. Hidayah -Eksekutif Pemasaran ). Atau e-mailkan ke pejuang_khat@yahoo.com/ ummu_hani09@yahoo.com
Khamis, 18 Mac 2010
Usrati Habibati
Assalamualaikum...Ummu Hani dah setahun lebih dah..Ingat lagi tak masa dia memula lahir dulu...Sekarang dah hampir boleh berjalan...Haa....Dan inilah isteri ana yang ana sayangi...Sykran Sayangku...kau hadiahkanku cahaya hati...suatu pengorbanan yang tak dapat ku balasi dengan apa-apa perkara di dunia ini..melainkan kasih sayangku yang tidak berbelah bahagi terhadapmu...Kau ku sayangi...
Jumaat, 12 Februari 2010
Rabu, 27 Januari 2010
Latihan Dengan Qalam Ijok/ Lidi Kabong
Ni latihan menggunakan Qalam ijok. Alhamdulillah, setakat dok guna ni, memang puas hati, dan kalau tak percaya boleh berhubung dengan sorang dua member ana yang dah menggunakannya. Kalau rasa mahal RM 15.00, ana boleh bagi yang belum proses, RM 5.00 jer, kemudian proses sendiri. Senang jer, kalau dah tau cara nak proses, ana akan asah mata satu, dan contohilah mata tersebut ( macam cerita belalang lak ). Macam biasa, bagi alamat pada HP ana, dan ana akan hantar.
Alhamdulillah, Tulisan ana dah mula disiarkan di RTM
Alhamdulillah, minggu lalu ana baru perasan tulisan ana dah disiarkan di Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Cuba perhatikan logo tu, sebelah nama panelis. Alhamdulillah..terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Saniah kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menulis, dan juga Us.Nik kerana membetulkannya, serta Us. Zawadi yang memberikan tips.
Khamis, 21 Januari 2010
Menulis Khat Dengan Kayu Lidi Kabung/ Ijok ( Promosi )
Assalamualaikum.
Alhamdulillah lama tak jumpa semua, kali ni saya baru nak start balik, agak lama. Hari ini saya nak promote sejenis qalam terbaru, memang qalam ijok digilai oleh ramai khattat Arab memandangkan kekerasannya. Setelah bertahun-tahun saya mencari, baru saya menjumpainya.
Nak cari kayu ijok ni kenalah masuk hutan. Nasib baik saya ada ayah angkat di Hulu Langat, area tu memang banyak pokok Kabung ( kenal tak? Yang biasa makan dalam a.b.c macam buah warna putih ) nak ameknya bukan mudah. Kena panjat, dan hasilnya memang memuaskan. Boleh tengok tulisan saya di bawah.
Aliran dakwat dapat dikawal dengan cantik, kemas, tapi kalau tak pandai raut buat mata, tak jadi gak, kena pandai cari teras yang keras. ( Ingatan, lepas raut mata qalam, mata pisau bolehlah diganti dengan mata pisau baru ). Ustaz Nik Abdul Rahman bagitahu saya, kawannya iaitu Pengarah Pusat Kesenian Khat Kuwait minta, jadi kami pergi masuk hutan cari lidi tersebut. Memang kalau cari yang luruh dia reput. Kena panjat dan cari dalam sabut pokok ijok, baru dapat yang besar dan keras kengkung.
Dan ustaz Nik juga akan menggunakan lidi ijok untuk penulisan mushaf al-Quran versi Khat Thuluth cetakan dan kerjasam USM Pulau Pinang. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri pun menggunakan lidi ijok. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri kata susah nak cari yang keras.
Alhamdulillah, dengan saya adalah lima enam batang, cara nak guna bukan satu lidi, kalau lidi yang panjang, potong dalam 2 inci jer untuk buat mata cukup. Kemudian sumbatlah dalam batang pen yang nak dibuang. ( Contoh di bawah ). K. Jadi kalau nak, dengan saya ada, dengan U. Nik Abdul Rahman Ada, kalau nak tempah buat Qalam yang dah siap proses, sila masej saya di talian 019-9182182. Bagi nama, alamat, dan deposit dalam 2 RM. Kos kesemua sekali dengan Pos dalam 15 RM jer. Insya Allah, saya akan bantu sesiapa yang mahu. Orang Arab sebut sebagai Qalam Jawa.
Nanti esok lusa saya nak proses dakwat. Kalau siap, saya akan postkan hasilnyer..sama-samalah kita tengok yer.
Ni tulisan 100% menggunakan lidi ijok/ kabung saiz 3 mm. Memang puas hati dengan kekemasan aliran dakwat.