Jumaat, 27 Februari 2009

Khat Nasakh Bersama Ustaz Zawadi


Selain ustaz Nik, kita juga mempunyai tetamu jemputan, Insya Allah, dengan tulisan pengtashihannya, kita dapat meramaikan lagi guru khat kita. Tashih di atas adalah tulisan u. Zawadi-.

Biodata Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki


Assalamualaikum, kita menyambung kembali bersama ustaz Nik. Berikut adalah biodata al-Fadhil ustaz dan juga pencapaian beliau-

Khamis, 26 Februari 2009

Anugerah Dan Rahmat DariMu Allah

Saatku menerima kehadiranmu kasih..

Pada saat 25 Feb 2009 bersamaan 29 Safar jam 1.05 pagi..ku menerima kehadiranmu dengan rasa syukur terhadap Allah...Ummu Hani' ayahnda menerimamu selepas 9 Bulan 9 hari ayahnda merinduimu.

Tanggungan ibunda melahirkan mu dengan kesusahan, semoga kelak kau mengerti pengorbanan seorang ibu, jadilah insan yang beriman, jadilah dikau serikandi agama, merantaulah sayang kelak, tuntutlah ilmu.

Daulatkanlah agama Allah, jangan jadikan alasan kau wanita tidak mampu,
dengarlah sayang, ayahnda inginkan kau menjadi wanita syuhada..seiring dengan Asiah...Mashitah..bersamamu di dalam taman syurga..

Jangan kau gentar membesar melawan arus deras dunia, yang kini semakin menggila,

Jadilah kau bak permata berkilauan di tengah kekalutan Jahilyyah moden..pamerkanlah akhlakmu dengan akhlak Baginda Muhammad al-Musthofa...Semoga kau membesar sebagai mujahidah sayang...

Bertemu Kembali..


Assalamualaikum...setelah berehat sehari, ana kembali meletakkan karya di blog ana. sila lah komen bagi memantopkan lagi khat ana...-

Selasa, 24 Februari 2009

Hadiah Buat Bakal Pengantin

Ni sebagai tanda ucapan terima kasih buat enta Bukhary

Janganlah merendahkan diri pula dengan ana, "kita semua, adalah sama" ( nyanyian Kopratasa ) kalau tak lawa jangan mare hehehe, coz ana balik rehat kejap jer tadi, amek pen gomo terus, lakar pun bo cukup2 makan jer. Insya Allah enta kahwin nanti ana buat Tarqib yang baik lagi-

Syukran Bukhari

Syukran, Ucapan terima kasih buat rakan seperjuanganku



Syukran Bukh, ana suspek enta, sebab enta minat susunan tarqib yang terkawal, ni mesti pengaruh u. Hilyas kuat ni, tengok Palo "Wau" tau doh ni. Hehe-

Percubaan Khat Ta'liq

Khat Ta'liq dan Thuluth A'adi

Entah kenapa semalam mengantuk sangat-sangat, jadi tak dapat menghasil sesuatu yang bagus untuk tatapan hari ini, namun terimalah seadanya. sila komen khat Farisi ana dan Thuluth k.-

Syukran Sahabat Seperjuangan

Buat Anice (Abu Hazieq)

Terima kasih yang tidak terhingga di atas keluangan masa untuk menuliskan nama ana. satu penulisan yang cukup sempurna diperkuatkan lagi dengan tarqiq yang kemas. Ana respek enta, sebagai balasan, enta bagi nama anak sedara ana, ana tuliskan namanya nanti.

Ana syukur sangat di atas kesudian ini. Semoga Allah melimpahkan lebihan rezeki kepada enta di atas kehadiran barkah cahaya mata baru ini.-

Isnin, 23 Februari 2009

Buat Tatapan Sahabat Khat

Buat tatapan sahabatku Lukhman.

Buat sahabatku Lukhman, terimalah karyaku yang tidak seberapa ni, ana balik rehat kejap tadi terus tulis untuk enta-

Menulis Kembali....

Menulis kembali...
Pelik tapi benar, kenapa menulis kembali..sebenarnya setiap minggu saya akan berehat dua atau sehari daripada menulis, biasalah aktiviti saya
kalau start cuti tak der kelas, mulalah tangan ni gatal-gatal nak pergi memburu atau menjala. Selain dari khat sebagai kerja utama saya membaiki blog atau di pejabat, hobi saya adalah memburu. Ada gambar kijang yang disembelih, tapi tak sampai hati plak nak letak dalam blog ni...nanti orang kata ana ni macam Raja Bersiung suka makan darah..hehehe..dah cukup mencarut

K. Khat di atas ni adalah tulisan terbaru semalam, perhh, walau kecik nak tulis, sakit kepala otak, mana tak sakit, tangan ketar-ketar sebab angkat jala 12 kaki, (kalu hodoh sikit jangan marah).. tapi hasilnya..hampeh, anak ikan tengas ajer dapat, tengas pun aku rembat sebab gila menjala.

Kebetulan menulis ni rasa puas hati jugaklah ( biarlah korang nak kata syok sendiri ) gurau aje, bukan ape, dah tau tulisan tu tak mantap, tapi gerakan mata qalam menjadi dan rasa ini kali pertama dapat mengawal dengan baik aliran dakwat. Formulanya? sila hubungi saya yer..salam-



Jumaat, 20 Februari 2009

Asas Penulisan Khat 2 U Nik Abdul Rahman Zaki

Baiklah, kita mulakan pelajaran kita pada minggu ini dengan khat Nasakh dan juga Riqa'ah, sebagaimana maklum, asas permulaan latihan khat adalah dengan kedua dua jenis khat ini. Insya Allah, jika kita mengikuti betul-betul asas di bawah ini, gaya dan penulisan kita akan berubah.


Ikuti latihan seterusnya di bawah



Ikuti latihan seterusnya, digalakkan menulis dengan menggunakan kertas art paper ( kertas licin )


Berikut merupakan pengenalan Khat Nasakh yang perlu diketahui



Di bawah adalah cara yang betul untuk mengetahui kedudukan darjah meletakkan qalam




Rajah seterusnya adalah kecenderungan mata qalam nasakh dan Riqa'ah, serta kedudukan yang betul semasa menulis khat



Manakala rajah di bawah ini adalah peralatan-peralatan yang diperlukan sebelum menulis dan cara mengasah mata qalam khat






Dan rajah terakhir ni sample muka depan buku khat keluaran u.Nik Abdul Rahman Zaki, selamat mencuba-












Bait al-Hikmah Dan Khat Thuluth Jaly

Assalamualaikum...Hari ni saya persembahkan tulisan Thuluth Jali, semalam baru siap. KOmen je sebab banyak tarqiq terbolas* ( tidak berhati-hati ) semasa menulis, hasilnya bolok* ( comot ) hehehe..



Manakala, tulisan di bawah adalah tempahan daripada Abu Haziq Pulau Pinang, semoga sahabat mendapat manfaat dari tulisan ana yang tak seberapa

Insya Allah, sehari dua lagi saya akan pos kan tulisan U. Nik, selamat melayari web ini. Syukran.-

Rabu, 18 Februari 2009

Khat Farisi, Thulth, dan Nasakh

Assalamualaikum..
Kita mulakan hari ini dengan karya seterusnya. Kalau nak kenal mini Lauhat al-Ijazah Khat ( bagi iktiraf Khat ) adalah sebagaimana di bawah ni. wajib ada 3 jenis khat dan khat lain adalah khat ijazah. bagaimana khat Ijazah? Insya Allah saya akan persembahkan pada masa akan datang.

Kat bawah ni pula adalah khat Riq'ah, tulisan ni saya hasilkan semalam sebelum tido, ngatuk sangat, agak-agak memang teruk sangat dah lama tak menulis khat ini.



Alhamdulillah, Insya Allah kita akan melihat karya ustaz Nik dalam 2,3 hari lagi. Selamat berkarya buat teman seperjuangan Khat-.

Selasa, 17 Februari 2009

Khat Farisi Tak Menjadi


Assaalamualaikum,


Ni saya mempersembahkan tulisan khat Farisi saya. Balik kerja tengahari tadi ntah kenapa tangan ni gatal-gatal nak nulis khat ni. Sebenarnya dulu saya sangat meminati khat Farisi disebabkan cara nak menulisnya agak sukar.



Jadi, balik rumah kejap pun pegang jer pen, terus tulis atas kertas kotor sebagai tersting, last-last, yang testing nilah saya paparkan, comfrim huruf Ha' tak menjadi dan juga huruf wau. Insya Allah saya akan membuat latihan dengan lebih banyak lagi. beberapa jenis khat lain Insya Allah akan saya mempersembahkan bersama Qawaid nya besok-.

Berkarya Dengan Pelanggan

Bismillahhirrahmanirrahim...dengan nama Allah ku mulakan hari dengan penuh ceria, semalam memang rasa hangin jugaklah semalaman, bila siap ajer karya ( rujuk gambar ) ditolak oleh pelanggan kerana tak cukup besar katanya. Walaupun saiz dah tepat mengikut kehendak pelanggan, tapi dia nak huruf digemukkan...terpikir juga sejenak, bagaimana nak menggemukkan hurufku yang diet ni. Setelah merujuk kepada beberapa cara, nak besarkan di ruangan sempit..alhamdulillah berjaya, cuma 8 inci terpaksa dilebihkan, tapi masih belum menjejaskan perkaki diberi.
Walaupun berat hati menolak karyaku pertama, pelanggan tu tetap nak juga sebab dia cakap karya pertama boleh ditebuk di atas cermin. Walaupun begitu, saya bersyukur, rupanya banyak lagi pengkaedahan persembahan terpaksa diselami demi memenuhi kehendak pelanggan. Insya Allah, saya akan cuba mencari terbaik. - ilham

Sedang khusyuk melakar ayat dengan pensil..

Isnin, 16 Februari 2009

Karya Terbaru Dan Kaedah Khat Thuluth



Alhamdulillah, setelah bercuti dua hari, saya masuk balik office, ( kerjalah) macam biasalah, setiap sehari atau dua hari sekali saya akan masukkan karya yang update untuk tatapan semua, Inya Allah semoga mendapat manfaat. Walaupun bercuti saya tetap akan terus berkarya demi melicinkan pergerakan tangan semasa menulis. Sebelum saya menulis blog memang saya cukup malas untuk menulis, tapi kini saya mempunyai medium untuk melihat sendiri sejauh mana kemantapan saya dalam memperbaharui kaedah sendiri.-


Jumaat, 13 Februari 2009

Mari Belajar Bersama U. Nik Abdul Rahman Zaki

Assalamualaikum...
Kini anda semua dapat melihat karya u. Nik dengan lebih jelas lagi, berikut beberapa kaedah penulisan nasakh telah dikirim dari ustaz untuk tatapan kita semua. Jadi silalah klik untuk print. Karya di atas adalah khat Nasakh dan kaedahnya

Karya kedua ini adalah contoh tulisan U. Nik dalam versi Nasakh, Thuluth, Riq'ah, dan Diwani..Perhatikan kehalusan gaya U. Nik membuat setiap hurf dan memenuhi kehendak kaedah. Gaya penulisan yang kemas serta bersih mampu memukau peminat khat sekalian


Yang terakhir untuk minggu ini adalah qawaid khat nasakh kedua, ada juga Thuluth, dan saya harapkan semua mendapat intipati istimewa dari karya ustaz Nik, insya Allah kita akan dapat mengikuti siri pembelajaran seterusnya pada masa akan datang- By Ilham & U. Nik Abdul Rahman Zaki ( Mu'alim Khat )


Karya Berseni Tak seberapa




Assalamualaikum sahabat-sahabatku daripada Jakim dan peminat khat sekalian, khabar gembira untuk anda semua kerana U.Nik Abdul Rahman Zaki bersetuju untuk memberikan karyanya bagi dipersembahkan dalam blog saya. Insya Allah, saya akan cuba dapatkan setiap minggu karya ustaz Nik Abdul Rahman Zaki bagi tujuan pembelajaran kita semua secara informal.
Manakala Karya disebelah ini adalah kepunyaan saya. Baru jer dua hari yang lalu dapat disiapkan. Komen lah yer. Hehehe



Manakala karya kedua saya ini baru semalam siap...Fuhh..memang susah nak berkarya ni. Tapi apapun saya cuba buatkan yang terbaik untuk mempersembahkan kepada pembaca blog saya sekalian, kalau tak cantik maaflah saya pun baru belajar juga...hehehe..kalau u. NIk tengok ni teruk saya diperbetulkannya...tapi apapun saya harap sangat U.Nik dapat komen sepuas hatinya kerana daripada situ lah saya dapat membina kekuatan dari teguran. Dan minta jugaklah kepada peminat Khat yang lain sila beri tunjuk ajar. Saya masih mentah dalam bidang penulisan ni. Harap kita menjadi pedoman dalam menaikkan institusi khat di Malaysia.

Ni gambar pendua takut pertama tak nampak jelas- ilham


Rabu, 11 Februari 2009

Inspirasi Dalam Penulisan



Pada 9 Februari yang lalu, u. Nazri Johani ( mantan solo Raihan ) menghubungi saya untuk melukiskan khat di dinding perniagaannya terletak di Pandan Jaya. Agak terkesima saya semasa saya menulis khat di sana, U. Nazri juga amat meminati khat, beliau banyak membantu saya dalam melakarkan dan mewarnakan tulisan saya dengan penuh berhati-hati.
Saya sendiri malu dengan beliau dalam ketelitiannya mewarnakan tulisan saya yang dilakarkan di dinding. Saya sempat bertanyakan kepada u. Nazri, adakah dia meminati Khat, tegas jawab beliau khat adalah tulisan dan seni yang sangat beliau minati. Lega mendengar jawapannya, kami sempat berseloroh tatkala membuat kerja dari pagi sampai ke malam-.





10 Februari 2009-Menulis memang memerlukan kesabaran, terutama dalam pembinaan karya yang penuh dengan masej serta persembahan yang menarik.
Kerap kali kita memerhatikan perhiasan-perhiasan di dinding dengan tulisan ayat-ayat suci al-Quran, terkadang, tulisan tersebut Khattat sendiri pun tak tahu nak baca, bukan kerana ayatnya susah, akan tetapi penulisannya yang tidak menuruti dengan kaedah muktabar serta penulisnya sendiri tak mengenal apa itu erti Khat dan juga bahasa Arab, apa yang menjadi kebimbangan saya adalah kesenian khat suatu masa nanti dipandang serong akan kerana adanya golongan yang tidak bertanggungjawab menulis tanpa ada kefahaman seni.
Pernah suatu masa dahulu terjadi apabila orang Kristian Arab pandai menulis khat dan menggunakan kalimah Allah dalam panggilan God mereka. Bagi umat Islam yang tidak mengetahui akan khat, pati mereka akan tertipu dan membeli karya yang bertujuan merosakkan aqidah umat Islam tersebut-.



11 Februari- Hari ini saya ingin mempersembahkan beberapa jenis alatan menulis khat. Pada awal peringkat pembelajaran khat dulu, seingat saya, saya telah mula menulis dengan menggunakan buluh peleting*. Dan medium kertas yang digunakan adalah kertas lukis, masa tu saya di tingkatan 2, memang jadi malas betul nak menulis sebab ingat memang tangan saya keras macam penukul. Namun Alhamdulillah berkat petunjuk seorang guru, yang mana takkan saya lupakan namanya hingga ke akhir hayat saya, iaitu U. Ibrahim. Selain alim dalam ilmu al-Quran, U. Ibrahim juga menjadi guru utama dalam pengajaran tajwid kepada johan akademik al-Quran ( Abdullah Fahmi ) di sekolah Menengah Ugama Arab Ar-Rahmah Kenali ( Sekarang dikenali sebagai Maahad Ar-Rahmah ).

Kalau tidak salah, jumlah guru yang saya temui untuk mempelajari khat tidak kurang dari 8 orang, antaranya peringkat akhir U.Nik dan U.Zawadi. Semoga Allah merahmati semua guru-guru saya dan juga mereka yang telah merangsangkan diri ini untuk lebih suksess dalam penulisan khat-.



Selasa, 10 Februari 2009

Kaedah Penulisan Khat




Di sini kita akan mempelajari serba sedikit kaedah khat yang telah saya tuliskan bagi memudahkan tatapan pembaca sekalian. Disebelah adalah rajah tiga jenis khat, iaitu Nasakh, Farsi, dan RIqa'ah. Khat-khat ini mempunyai kaedah-kaedah yang berbeza serta memerlukan perhatian yang khusus semasa menulis.


Kaedah penulisan dapat dirujuk di bawah yang mana sempat saya drafkan untuk memudahkan pembaca blog merujuk kepada kaedah yang myktabar.
Pertama adalah kaedah khat Thuluth, khat terbahagi kepada dua jenis, perbezaan adalah kepada persembahan huruf semata-mata dan tidak melibatkan kaedah.


contoh khat di sebelah adalah Thuluth Jali, ini kerana penyusunan penulisan yang agak bertindan, terkadang sesetengahnya terlalu bertindan.


Pembaca bolehlah meniru sebagai latihan asas yang pertama.


Seterusnya adalah perletakan kaedah dengan saiz titik. Pembaca kenalah mempraktikkannya tatkala membuat latihan ( Tidak di atas karya ).


Ini kerana, setiap latihan yang ditulis dengan betul mampu mempengaruhi penulisan sebenar pada karya khat anda.




Kita akan melihat khat kedua iaitu Riqa'ah, khat ini banyak digunakan oleh penulisan orang Arab kerana ianya mudah dan ringkas. Namun, jika diperhatikan tulisan ini amatlah halus serta memerlukan ketelitian yang halus, jika tidak tulisan ini akan nampak kekasaran.

Kaedah pergerakan mata pen juga saya sertakan di sini bagi memudahkan pembaca meniru karya saya ini. Bagi membuat latihan Khat, masa yang diperlukan bergantung kepada ,minat kita, samada 2 hingga 3 jam sehari. Paling kurang sejam. Bergantung kepada mood pembaca sendiri.

Seperti yang telah saya katakan pada permulaan tadi, khat Thuluth Jali kedua


ini adalah lebih padat susunannya berbanding tulisan pertama tadi. Penulisan ini saya tidak sertakan kaedah penulisannya kerana sekadar tatapan sahaja.


Di bawah ini kita akan melihat Khat Thuluth yang kedua iaitu Thuluth A'adi,




Cuba perhatikan kepada gaya susunannya. Tentu terdapat perbezaan ketara

Dan yang paling tepat dikatakan, khat ini merupakan khat yang paling diminati dan disukai ramai kerana kecantikannya yang luar biasa, Cuba perhatikan kebanyakkan tempat banyak dengan karya Thuluth


penyusunannya, kerana khat ini fleksibel mengikut kepada kehendak penulis itu sendiri.

Begitu juga dengan rajah ini, adalah Thuluth A'adi, dan lebih banyak kaedahnya













Khat terakhir pula adalah khat nasakh, khat inilah paling senang dibaca dan paling susah menulisnya kerana ianya perlukan kehalusan serta sabar yang tinggi bagi memastikan kehalusan dan kepuasannya setelah kita menulisnya.



Zaman Manis Bersama Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki


Inilah karya yang telah mendapat tempat kedua sempena pertandingan Lestari Jawi dan Khat Kebangsaan 2007

Untuk pengetahuan pembaca, karya ini telah ditashihkan sebanyak 2 kali dan telah saya tulis sebanyak 33 kali.

Saat bertalaqi dengan Ustaz Nik.



U. Nik kelihatan santai semasa membetulkan tulisan khat saya,
semasa tulisan ini dibetulkan, saya telah berada di tahun akhir bertalaqi dengan beliau





Karya yang berjaya mendapat mumtaz





Saat yang manis memang tak dapat dilupakan walau sesaat pun dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan diriku. Dalam tempoh 4 tahun berlalu, pengalaman mendalami kaedah khat dan teknik penulisan menyebabkan diriku merasakan betapa luasnya ilmu Allah di dunia ini, tatkala aku diketemukan dengan seorang guru yang terlalu zuhud, merendahkan diri, dan sentiasa melemparkan senyuman, menyebabkan aku senang menuntut ilmu khat dengan beliau.


Tanpa mengenakan bayaran, beliau menerima kami bertiga ( aku, Nik Nor Nadzri " UIA", dan Ahmad Maher " UMS" ) untuk belajar khat secara formal. Ketulusan dan ketawada'annya menyebabkan kami semua sentiasa bersungguh-sungguh mencari manfaat dan sirr ( rahsia-rahsia ) yang ada dalam kaedah khat melalui beliau. Aku masih ingat pada 13 Disember 2003, pada jam 10.30 pagi, dalam keadaan hujan gerimis, kami bertiga tiba di sebuah sekolah usang " SMU Bustanul Sa'adah Cabang 3 Moorak, Tumpat Kelantan. Sebelum tiba, aku menggambarkan beliau seorang yang tegas, formal dan garang, pada tanggapanku, sesuai dengan kehebatannya di persada asean. Namun, sangkaanku jangkal sekali apabila melihat beliau menyambut kami dengan senyuman, dan beliau berpakaian baju Melayu serta berpelikat.


Bermula saat itulah kami semua konsisten menuntut ilmu dengan beliau, namun, sehingga ke akhir peringkat menuntut ilmu bersamanya, cuma tinggal saya seorang sahaja. Dari sekolahnya, berpindah ke rumah beliau, dari situlah banyak beliau membongkarkan kaedah-kaedah khat untuk lebih memperhalusi lagi. Hasil yang membanggakan beliau, apabila saya memasuki pertandingan Lestari Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007, pada pertandingan tersebut, saya mendapat tempat kedua, manakala tempat pertama disandang oleh beliau sendiri. itulah saat kegemilangan yang hingga ke akhir hayat saya takkan lupakan. Beliau yang saya maksudkan adalah Al-Fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Qadir...Tokoh khat yang menjadi lagenda zaman berzaman......Semoga Allah memberkati hidup ustaz dan keluarga...








































































Khamis, 5 Februari 2009

Rabu, 4 Februari 2009

KARYA KHAT TERBARU



"Khat Thuluth Jali "


" Khat Nasakh "


"Khat Kufi Mushaf"



" Lauhat Ijazah al-Khat "



" Khat Thuluth Dan Farisi"

Kesemua khat ini merupakan karya terbaru hasil tempahan orang ramai, namun kini saya mendapat sedikit kepuasan apabila berjaya mendalami beberapa kaedah baru dan rahsia daripada U. Zawadi, U. Nik Abdul Rahman Zaki, namun kelemahan yang dapat saya perhatikan di sini adalah teknik persembahan samada dari segi huruf dan zakhrafat.