Khat merupakan aplikasi perjuangan Islam secara halus. Sehingga kini khat mampu melonjakkan nilaian Islam di mata manusia.
Perhatian
Jumaat, 27 Februari 2009
Khamis, 26 Februari 2009
Anugerah Dan Rahmat DariMu Allah
Pada saat 25 Feb 2009 bersamaan 29 Safar jam 1.05 pagi..ku menerima kehadiranmu dengan rasa syukur terhadap Allah...Ummu Hani' ayahnda menerimamu selepas 9 Bulan 9 hari ayahnda merinduimu.
Tanggungan ibunda melahirkan mu dengan kesusahan, semoga kelak kau mengerti pengorbanan seorang ibu, jadilah insan yang beriman, jadilah dikau serikandi agama, merantaulah sayang kelak, tuntutlah ilmu.
Daulatkanlah agama Allah, jangan jadikan alasan kau wanita tidak mampu,
dengarlah sayang, ayahnda inginkan kau menjadi wanita syuhada..seiring dengan Asiah...Mashitah..bersamamu di dalam taman syurga..
Jangan kau gentar membesar melawan arus deras dunia, yang kini semakin menggila,
Jadilah kau bak permata berkilauan di tengah kekalutan Jahilyyah moden..pamerkanlah akhlakmu dengan akhlak Baginda Muhammad al-Musthofa...Semoga kau membesar sebagai mujahidah sayang...
Bertemu Kembali..
Selasa, 24 Februari 2009
Hadiah Buat Bakal Pengantin
Syukran Sahabat Seperjuangan
Terima kasih yang tidak terhingga di atas keluangan masa untuk menuliskan nama ana. satu penulisan yang cukup sempurna diperkuatkan lagi dengan tarqiq yang kemas. Ana respek enta, sebagai balasan, enta bagi nama anak sedara ana, ana tuliskan namanya nanti.
Ana syukur sangat di atas kesudian ini. Semoga Allah melimpahkan lebihan rezeki kepada enta di atas kehadiran barkah cahaya mata baru ini.-
Isnin, 23 Februari 2009
Menulis Kembali....
K. Khat di atas ni adalah tulisan terbaru semalam, perhh, walau kecik nak tulis, sakit kepala otak, mana tak sakit, tangan ketar-ketar sebab angkat jala 12 kaki, (kalu hodoh sikit jangan marah).. tapi hasilnya..hampeh, anak ikan tengas ajer dapat, tengas pun aku rembat sebab gila menjala.
Kebetulan menulis ni rasa puas hati jugaklah ( biarlah korang nak kata syok sendiri ) gurau aje, bukan ape, dah tau tulisan tu tak mantap, tapi gerakan mata qalam menjadi dan rasa ini kali pertama dapat mengawal dengan baik aliran dakwat. Formulanya? sila hubungi saya yer..salam-
Jumaat, 20 Februari 2009
Asas Penulisan Khat 2 U Nik Abdul Rahman Zaki
Ikuti latihan seterusnya, digalakkan menulis dengan menggunakan kertas art paper ( kertas licin )
Bait al-Hikmah Dan Khat Thuluth Jaly
Rabu, 18 Februari 2009
Khat Farisi, Thulth, dan Nasakh
Selasa, 17 Februari 2009
Khat Farisi Tak Menjadi
Berkarya Dengan Pelanggan
Isnin, 16 Februari 2009
Karya Terbaru Dan Kaedah Khat Thuluth
Jumaat, 13 Februari 2009
Mari Belajar Bersama U. Nik Abdul Rahman Zaki
Yang terakhir untuk minggu ini adalah qawaid khat nasakh kedua, ada juga Thuluth, dan saya harapkan semua mendapat intipati istimewa dari karya ustaz Nik, insya Allah kita akan dapat mengikuti siri pembelajaran seterusnya pada masa akan datang- By Ilham & U. Nik Abdul Rahman Zaki ( Mu'alim Khat )
Karya Berseni Tak seberapa
Rabu, 11 Februari 2009
Inspirasi Dalam Penulisan
10 Februari 2009-Menulis memang memerlukan kesabaran, terutama dalam pembinaan karya yang penuh dengan masej serta persembahan yang menarik.
11 Februari- Hari ini saya ingin mempersembahkan beberapa jenis alatan menulis khat. Pada awal peringkat pembelajaran khat dulu, seingat saya, saya telah mula menulis dengan menggunakan buluh peleting*. Dan medium kertas yang digunakan adalah kertas lukis, masa tu saya di tingkatan 2, memang jadi malas betul nak menulis sebab ingat memang tangan saya keras macam penukul. Namun Alhamdulillah berkat petunjuk seorang guru, yang mana takkan saya lupakan namanya hingga ke akhir hayat saya, iaitu U. Ibrahim. Selain alim dalam ilmu al-Quran, U. Ibrahim juga menjadi guru utama dalam pengajaran tajwid kepada johan akademik al-Quran ( Abdullah Fahmi ) di sekolah Menengah Ugama Arab Ar-Rahmah Kenali ( Sekarang dikenali sebagai Maahad Ar-Rahmah ).
Kalau tidak salah, jumlah guru yang saya temui untuk mempelajari khat tidak kurang dari 8 orang, antaranya peringkat akhir U.Nik dan U.Zawadi. Semoga Allah merahmati semua guru-guru saya dan juga mereka yang telah merangsangkan diri ini untuk lebih suksess dalam penulisan khat-.
Selasa, 10 Februari 2009
Kaedah Penulisan Khat
Kaedah pergerakan mata pen juga saya sertakan di sini bagi memudahkan pembaca meniru karya saya ini. Bagi membuat latihan Khat, masa yang diperlukan bergantung kepada ,minat kita, samada 2 hingga 3 jam sehari. Paling kurang sejam. Bergantung kepada mood pembaca sendiri.
Seperti yang telah saya katakan pada permulaan tadi, khat Thuluth Jali kedua
Di bawah ini kita akan melihat Khat Thuluth yang kedua iaitu Thuluth A'adi,
Cuba perhatikan kepada gaya susunannya. Tentu terdapat perbezaan ketara
Dan yang paling tepat dikatakan, khat ini merupakan khat yang paling diminati dan disukai ramai kerana kecantikannya yang luar biasa, Cuba perhatikan kebanyakkan tempat banyak dengan karya Thuluth
Begitu juga dengan rajah ini, adalah Thuluth A'adi, dan lebih banyak kaedahnya
Zaman Manis Bersama Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki
Saat bertalaqi dengan Ustaz Nik.
Saat yang manis memang tak dapat dilupakan walau sesaat pun dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan diriku. Dalam tempoh 4 tahun berlalu, pengalaman mendalami kaedah khat dan teknik penulisan menyebabkan diriku merasakan betapa luasnya ilmu Allah di dunia ini, tatkala aku diketemukan dengan seorang guru yang terlalu zuhud, merendahkan diri, dan sentiasa melemparkan senyuman, menyebabkan aku senang menuntut ilmu khat dengan beliau.
Khamis, 5 Februari 2009
Rabu, 4 Februari 2009
Kesemua khat ini merupakan karya terbaru hasil tempahan orang ramai, namun kini saya mendapat sedikit kepuasan apabila berjaya mendalami beberapa kaedah baru dan rahsia daripada U. Zawadi, U. Nik Abdul Rahman Zaki, namun kelemahan yang dapat saya perhatikan di sini adalah teknik persembahan samada dari segi huruf dan zakhrafat.