Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Selasa, 18 Ogos 2009

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 M/1430 H

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat khattat, saya baru saja menghantar terus borang pertandingan Khat sebagaimana perkara di atas, buat makluman, tempat pertandingan adalah terhad kepada 100 orang sahaja untuk satu-satu kategori. Borang di Muzium Kesenian Islam dah habis, jadi, yang ambik borang ramai tapi yang hantar baru beberapa orang. Jadi..apa lagi...kalau borang habis sila hubungi sendiri pihak Muzium, mungkin mereka akan cetak lagi. Beberapa maklumat tambahan

*Kategori-Kategori Yang Dipertandingkan

  1. Kategori A ( Seni Khat Di atas Kertas ( Spontan )
  2. Kategori B ( Seni Khat Tradisional Di atas Kanvas ( Thuluth/ Nasakh/ Riq'ah )
  3. Kategori C ( Seni Lukis Khat Di atas Kanvas ( Kontemporari )

Tarikh tutup penyertaan adalah 30 September 2009

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak:

Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 M/1430 H

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Jalan Lembah Perdana

50480 Kuala Lumpur

No Tel : 03-22742020 ( talian am ) 03-22705101/5103/5111 ( Talian Terus )

Faks : 03-22725346

e-mel: education@iamm.org.my

website: www.iamm.org.my

Latihan Khat Beserta Aplikasi Warna

Assalamualaikum, ni sebenarnya latihan semalam, saja-saja nak cuba idea terbaru menggunakan aplikasi beberapa warna. Alhamdulillah, inilah percubaanku yang pertama. Semoga Allah memberikan kesabaran kepadaku untuk terus berusaha.

Isnin, 17 Ogos 2009

Ijtima' Penulis Khat Dan Perbincangan Modul Kursus PSKK

YDP Us. Mohammad Yusuf Menyampaikan Cenderahati Dari PSKK Kepada Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ) YBhg Tuan Hj Paimuzi Sementara DiPerhatikan Oleh Ketua Pengarah Jakim YBhg Sohibul al-Samahah Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Syeikh Abdul Aziz


YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Menyampaikan Cenderahati Kepada Ketua Pengarah Jakim Di Atas Kesudian Beliau Bersama Dengan Ahli PSKK Dalam Majlis Makan Malam

Penulis Blog Bersama Gurunya Al-Fadhil Us. Nik Abdul Rahman Zaki Selaku Moderator Bengkel Pembentukan Modul Kursus Jangka Pendek Khat Nasakh

YBhg Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Syeikh Abdul Aziz Sedang Menyampaikan Ucapan Pada Majlis Makan Malam Bersama Ahli PSKK


Al-Fadhil Ayahanda Us. Asra' DBKL Bersama Khattat Senior PSKK, Berkopiah Adalah Al-Fadhil Us. Fadhil Dari Yayasan Restu, Dan Beberapa Orang Ahli PSKK Yang Aktif

YDP Us. Mohammad Yusuf Pada Ucaptamanya

YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Mendengar Perbentangan Dari Kumpulan Us. Nik Mengenai Objektif Serta Modul Cadangan Bagi Modul Kursus Jangka Pendek Khat Nasakh

Semasa Minum Malam Setelah Selesai Sesi Pertama, Turut Kelihatan Us. Ahmad Mustafa, Bekas Pensyarah Khat Ummul Qura' Saudi

YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Memberikan Komentar Terhadap Pembentang Kertas Cadangan Modul
Guruku Yang Amat Ku Sanjungi Al-Fadhil Us. Haliyas Abu Bakar Dari Terengganu Sedang Mempersembahkan Slide Kumpulan Beliau

Assalamualaikum Dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua Khattat dan peminat seni Islam. pada 14, 15, dan 16 Ogos yang baru saja berlalu, pihak Jakim telah menjemput kepada pihak Persatuan Seni Khat Kebangsaan ( PSKK ) bagi duduk bersama membincangkan satu modul Khas bagi mewujudkan kursus jangka pendek bagi pelajar-pelajar IPT, Pelajar Sekolah, seterusnya orang awam dan penjawat awam untuk berkursus bagi memahirkan seni khat.
Pada pertemuan ini, seramai lebih kurang 20 orang pakar-pakar Khat seluruh negara telah berkumpul bagi menjayakan program selama 3 hari 2 malam ini. YDP PSKK Us. Mohammad Yusuf sendiri dalam keadaan yang kurang sihat sanggup turun bersama bagi membincangkan modul tersebut. Antara yang hadir adalah Us. Nik Abd Rahman Zaki, Wakil PSKK Kelantan. Us. Haliyas Abu Bakar Wakil PSKK Terengganu, Us. Ahmad Mustafa PSKK Kedah, Dr. Abd Raof UPM, Us. Fadhil Yayasan Restu, Us. Zainurrahman Penggiat Khat, Us. Wahab ahli PSKK, Us. Ilham wakil Kesuma, JAKIM, Nik Nadzri UIA, Us. Zawadi PSKK, dan ramai lagi.
Pada 15 Hb Ogos sebelah malamnya, YBhg Dato' Ketua Pengarah Jakim turun bersama ahli PSKK bagi jamuan makan malam, semasa ucapan aluan, YDP PSKK telah melontarkan beberapa cadangan kepada YBhg Dato'Ketua Pengarah Jakim untuk menghidupkan serta memurnikan aktiviti seni Khat, antara cadangan YDP adalah pihak Jakim bersama PSKK menganjurkan sesebuah Pertandingan Seni Khat Berprestij peringkat Kebangsaan Sempena apa-apa sahaja sambutan hari perayaan sebagaimana Ma'al Hijrah atau sebagainya. Selain itu, YDP juga mencadangkan agar pihak Jakim dapat menganjurkan Seminar serta bengkel Khat dan ILIM menjadi tempat penganjuran tersebut.
Dalam ucapan balas YBhg Dato Ketua Pengarah, YBhg Dato' amat bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau menyatakan pihak Jakim sudi bekerjasama dengan pihak PSKK bagi menganjurkan pertandingan tersebut, selain itu, YBhg Dato' juga membayangkan dengan harapan, agar suatu masa nanti, pihak PSKK dengan kerjasama Jakim, mampu menganjurkan Diploma Seni Khat sebagaimana rentetan Diploma Tarrannum al-Quran di bawah kelolaan Darul Quran akan dianjurkan tidak lama lagi. Harapan YBhg Dato' amat besar sekali terhadap PSKK, agar suatu masa nanti, PSKK dapat memanjangkan cadangan kepada ajensi-ajensi kerajaan yang lain seperti JKR, JAWHAR, dan banyak lagi untuk memberikan sponser mewujudkan BILBOARD dengan tulisan Khat di pintu masuk utama negara seperti di Sepang, dan banyak lagi. Harapan YBhg Dato' agar PSKK mampu bergerak aktif dan Jakim akan bersiap sedia menghulurkan bantuan. Insya Allah
Dan program ini telah sepakat mencapai satu resolusi bahawa bengkel kedua akan menyusul bagi menyusun kembali modul untuk jangka masa panjang, Insya Allah.- pejuang_khat melaporkan










Rabu, 12 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan Karim...




Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak sahabat-sahabat khattat sekalian. Alhamdulillah, tahun ini merupakan sambutan untuk kali ke 24 Ramadhan buat diriku.. Sedar atau tidak, usiaku semakin mampir dengan kematianku. Aku mendengus lemah....usia selama ini seolah-olah berlalu tanpa manfaat sedikit pun. Bukan setakat untuk diriku sendiri, tetapi terhadap kedua orang tuaku yang sudah terlalu uzur, terhadap agamaku yang aku cintai. tatkala selesai menunaikan solat Subuh sendirian di rumahku....tiba-tiba ku merasai aura pukulan kesedaran menyinggahi pipiku, bercucuran airmata ini mengenang kegagalan diri menegakkan kalimatullah al-Haq. membela nasib ibubapaku yang uzur. Hari semakin berlalu, saat terlalu pantas membelah serta membakari diriku..kenangan-kenangan lalu bukanlah suatu kenangan indah untuk insan hina sepertiku, melainkan kenangan indah itu hanya akan datang tatkala aku bangkit dari kesedaran. Merasakan kewajiban memperjuangkan agama Allah dan Rasul-Nya serta membela kedua orang tuaku.
Sahabat-sahabat Khattat sekalian, aku menyeru kalian semua di Ramadhan ini, doakanlah agar Allah memberikan kepada kita peluang berjihad menegakkan agamaNya walau dalam apa jua sekalipun, dengan kelebihan yang ada, gerakkan qalam masing-masing, sasarkan kesenian itu, adalah senjata sulit umat Islam, jangan disalahgunakan untuk menyombong diri atau menunjuk-nunjuk sahaja, tetapi laraskan niat sebagai wadah kita berjuang serta membela Islam....Sama-samalah kita doakan agar Nur Islam kembali gemilang

Isnin, 10 Ogos 2009

Tulisan Terbaru Dan Sedikit Kaedah Khat Thuluth












Assalamualaikum dan salam G-Had kepada sahabat-sahabatku sekalian...semalaman aku termenung...terfikir, apakah sumbanganku kepada agama Allah, dan juga pada Rasul-Nya..membuatkan aku terasa bersalah..seolah-olah aku mensia-siakan hidupku tanpa berfikir sekelumit pun bagaimana aku hendak membebaskan bumi al-Aqsa dari cengkaman Syaitan Zionis Laknat Allah S.W.T...Aku menangisi kekuranganku..bukan kerana kecewa dengan apa yang sedia ada..tetapi kecewa dengan kelembapan aku hendak memartabatkan Islam....Jika Allah memberikanku peluang untuk mengangkat senjata, berjuang membebaskan Palestine, membuang sisa kotoran Yahudi Laknat Allah, akan ku bersihkan tanpa meninggalkan sebesar zarah nyawa tentera Syaitan yang tidak berperikemanusiaan...
Sahabat-sahabat Khattat...ayuh!!! Kita tahu kelebihan dan kemajuan kita, jangan kita memandang Qalam khat itu hanya Qalam Khat, tetapi Qalammu itu mempunyai senjata ampuh melalui seni dalam mempengaruhi insan akan kesenian Islam, seterusnya tertarik mendalami Islam, seterusnya tertiup ruh Islam...Seterusnya memperjuangkan Islam, dan seterusnya rela mati kerana Islam. Di sini ku coretkan sedikit gelodak jiwaku yang merasa bersalah.....Berjihadlah..dengan Qalammu, nescaya Allah kan membuka jalan kematian Syahid mu, menjadikan dirimu tergolong dalam golongan Syuhada...Marilah bersamaku, rinduilah Syahid, bersiap-siagalah berjuang di jalan Allah, impikanlah kesyahidan.....Insya Allah, ku bermohon kepada Allah, walau jauh angan-anganku, tetapi ianya adalah impianku.....MEMANCUNG SEORANG DEMI SEORANG KEPALA TENTERA KUFFAR YAHUDI YANG MENGHINA RASULALLAH..MENYELAMATKAN BUMIKU AL-AQSA.....SAUDARAKU UMAT ISLAM...DAN IMPIANKU, AKU MAHUKAN KESYAHIDAN....INSYAALLAH, SYAHID ITU BAKAL MENEMUIKU SUATU MASA NANTI...AMIIN



Khamis, 6 Ogos 2009

Persembahan Terbaru













Kesemua gambar di atas, adalah tulisan terbaru saya, dan meja tempat menulis khat terbaru. Setakat ni Alhamdulillah, saya rasa keselsaan yang lebih menulis dalam keadaan sebagaimana di atas, kerana mata saya lebih fokus, Tak percaya, cubalah.


Rabu, 5 Ogos 2009

Lama betul Tak bersua...





Assalamualaikum, lama tak berjumpa dengan semua sahabat-sahabat khat. Alhamdulillah, setelah diberikan sedikit kelapangan masa oleh Allah, saya berkesempatan memasukkan karya khat yang tak seberapa. Ermm...berkaitan khat untuk turki, saya terlalu fokus untuk pertandingan tersebut sehingga tak sempat untuk berlatih, apapun sebelum tilawah bebaru ni, saya menerima sedikit sahaja tempahan tulisan, dan termasuklah untuk hari pahlawan. Karya turki rahsia...hehehe...tak mau tunjuk. Tapi saya merasakan banyak perubahan setelah tangan ni hampir 5 jam sehari diperuntukkan bagi latihan khat buat pertandingan di Turki. Bolehlah sahabat sekalian mengomen yer.. Syukran

Sembang Yahoo Online