Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Rabu, 27 Januari 2010

Latihan Dengan Qalam Ijok/ Lidi Kabong

Ni latihan menggunakan Qalam ijok. Alhamdulillah, setakat dok guna ni, memang puas hati, dan kalau tak percaya boleh berhubung dengan sorang dua member ana yang dah menggunakannya. Kalau rasa mahal RM 15.00, ana boleh bagi yang belum proses, RM 5.00 jer, kemudian proses sendiri. Senang jer, kalau dah tau cara nak proses, ana akan asah mata satu, dan contohilah mata tersebut ( macam cerita belalang lak ). Macam biasa, bagi alamat pada HP ana, dan ana akan hantar.



Ni latihan biasa saja, guna kayu resam dan ijok. saiz mata pen resam 1 sm. Besar kan, ana cari dekat gunung Nuang, yang ni tak jual la.

Alhamdulillah, Tulisan ana dah mula disiarkan di RTM

Alhamdulillah, minggu lalu ana baru perasan tulisan ana dah disiarkan di Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Cuba perhatikan logo tu, sebelah nama panelis. Alhamdulillah..terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Saniah kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menulis, dan juga Us.Nik kerana membetulkannya, serta Us. Zawadi yang memberikan tips.

Khamis, 21 Januari 2010

Menulis Khat Dengan Kayu Lidi Kabung/ Ijok ( Promosi )

Assalamualaikum.
Alhamdulillah lama tak jumpa semua, kali ni saya baru nak start balik, agak lama. Hari ini saya nak promote sejenis qalam terbaru, memang qalam ijok digilai oleh ramai khattat Arab memandangkan kekerasannya. Setelah bertahun-tahun saya mencari, baru saya menjumpainya.
Nak cari kayu ijok ni kenalah masuk hutan. Nasib baik saya ada ayah angkat di Hulu Langat, area tu memang banyak pokok Kabung ( kenal tak? Yang biasa makan dalam a.b.c macam buah warna putih ) nak ameknya bukan mudah. Kena panjat, dan hasilnya memang memuaskan. Boleh tengok tulisan saya di bawah.
Aliran dakwat dapat dikawal dengan cantik, kemas, tapi kalau tak pandai raut buat mata, tak jadi gak, kena pandai cari teras yang keras. ( Ingatan, lepas raut mata qalam, mata pisau bolehlah diganti dengan mata pisau baru ). Ustaz Nik Abdul Rahman bagitahu saya, kawannya iaitu Pengarah Pusat Kesenian Khat Kuwait minta, jadi kami pergi masuk hutan cari lidi tersebut. Memang kalau cari yang luruh dia reput. Kena panjat dan cari dalam sabut pokok ijok, baru dapat yang besar dan keras kengkung.
Dan ustaz Nik juga akan menggunakan lidi ijok untuk penulisan mushaf al-Quran versi Khat Thuluth cetakan dan kerjasam USM Pulau Pinang. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri pun menggunakan lidi ijok. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri kata susah nak cari yang keras.
Alhamdulillah, dengan saya adalah lima enam batang, cara nak guna bukan satu lidi, kalau lidi yang panjang, potong dalam 2 inci jer untuk buat mata cukup. Kemudian sumbatlah dalam batang pen yang nak dibuang. ( Contoh di bawah ). K. Jadi kalau nak, dengan saya ada, dengan U. Nik Abdul Rahman Ada, kalau nak tempah buat Qalam yang dah siap proses, sila masej saya di talian 019-9182182. Bagi nama, alamat, dan deposit dalam 2 RM. Kos kesemua sekali dengan Pos dalam 15 RM jer. Insya Allah, saya akan bantu sesiapa yang mahu. Orang Arab sebut sebagai Qalam Jawa.
Nanti esok lusa saya nak proses dakwat. Kalau siap, saya akan postkan hasilnyer..sama-samalah kita tengok yer.
Ni tulisan 100% menggunakan lidi ijok/ kabung saiz 3 mm. Memang puas hati dengan kekemasan aliran dakwat.



Nilah koleksi qalam ijok yang diejah jadi pen khat. Tulisan besar tu pakai saiz qalam 5 mm


Tengok dari jarak dekat sikit

Ni lah lidi-lidi ijok/ Kabung yang belum diproses




Yang ni karya penuh,
niru u. Baki



Sembang Yahoo Online