Alhamdulillah, kelmarin saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu seorang Khattat daripada Libya. Ahmad al-Ameen. Beliau merupakan anak murid kepada Faruoq al-Haddad juga cucu kepada al-Syahid al-Fadhil, pejuang kemerdekaan Libya bersama al-Syahid Omar Mukhtar, syahid menentang pencerobohan Itali. Kini beliau merupakan pelajar jurusan Master Engineering di UKM. Silakanlah melihat sedikit karyanya ketika saya menziarahinya di rumah sewa beliau di Kajang.
Khat merupakan aplikasi perjuangan Islam secara halus. Sehingga kini khat mampu melonjakkan nilaian Islam di mata manusia.
Perhatian
Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.
Isnin, 30 Mac 2009
Qawaid Khattat Syam ( Ahmad al-Husaini ) Khas Buat Muati
Khamis, 26 Mac 2009
Selasa, 24 Mac 2009
Berdakwah Itu Terlalu Manis ( Dakwah Orang Asli Pos Ladoi )
Susah untuk aku memperkatakan pengalaman ini..setelah hampir setahun lamanya aku tidak meneruskan visi dan misi menyebarkan dakwah Islamiah kepada peribumi Tanah Melayu..Aku merasakan sahabat-sahabatku di kalangan penda'ie juga merasakan sama pengalaman denganku seandainya membaca coretan ini. Golongan mad'uu ini adalah sahabat yang perlu kita dekati, selami, dan fahami sosio kehidupan mereka dalam rentak menjiwai hati mereka kepada Nur Ilahi.
Aku dapat merasakan cetusan ini apabila seorang penduduk asli yang kini bekerja sebagai buruh di Gua Musang meluahkannya kepadaku. " Ustaz, macamana kami taknak maju ustaz, kalau asyik masuk seminggu keluar, masuk dua tiga hari keluar, penggerak JxxxM sendiri pun tak masuk duduk di kampung, orang Kristian boleh duduk bertahun-tahun sampai kahwin pun ader ustaz"....Nah inilah tamparan bagi pendakwah yang berdakwah semata-mata memenuhi kehendak kehidupan , apakah itu? Iaitu wang. Aku rasa terpanggil untuk menyahut cabaran orang asli itu. Keazamanku satu, andaiku mati dalam medan ini, aku berpuashati kerana matiku tidak sia-sia.
Memang benar aku seorang Khattat, dan seorang penjawat awam, tapi aku akan mencari jalan bagaimana untuk membantu Islam supaya dapat dihayati dengan syumul bersama masyarakat orang asli. Kalau Saiyyidina Abu Bakar al-Siddiq sanggup mengorbankan hartanya sehingga tinggal pakaian sehelai sepunggung, kalau Abd al-Rahman al-Auf sanggup mengorbankan perniagaannya demi Islam, Omar menjadikan nyawanya sebagai pertaruhan demi kedaulatan Islam, mengapa aku seorang Ummah, akhir zaman, mempunyai pelbagai kemudahan, tidak mampu berkorban sebagaimana sahabat? Ohh...aku rela, aku sedia, aku merindui, akan mati sebagai pejuang agama Allah tatkala aku menyebarkan Islam kepada saudara peribumiku di pedalaman. Aku tahu, kehidupan ini sementara, kerana aku mencintai kehidupan di sana...kekasihku yang abadi sedang menantiku, dan aku merinduiNya setiap detik jantungku.
"Ya Allah, ku tahu qudrat-Mu melebihi segala-galanya, perkenankan doaku ya Allah, jangan kau matikanku sebagai seorang Yahudi atau Nasrani, matikanlah aku sebagai Ummat Muhammad, Ya Allah, jangan kau matikanku sebagai mati yang sia-sia, akan tetapi, matikanlah aku sebagai mujahid agamaMu, berjuang demi cintaku padaMu, Ya Allah, jangan kau matikanku di dalam samar Jahiliyyah moden ini, tetapi kau matikanlah aku dalam cahaya Nur Mu, dan dekantkanlah aku untuk aku bersamaMu, supaya cintaku terbalas hanya untukMu"....Amiin....
Bersama sahabat seperjuangan yang masuk ke perkampungan orang Asli Pos Ladoi
Sahabat penulis bersama Atak Anjang, bekas batin Pos Hau ( Pusat utama Ladoi ) yang pernah bekerja sebagai askar Senoi Prag ( Batalion askar orang asli ) dan juga menjadi pegawai askar Inggeris semasa perang dunia kedua, kini hanya mampu mengesot untuk berjalan
Sahabat penulis bersama Atak Anjang, bekas batin Pos Hau ( Pusat utama Ladoi ) yang pernah bekerja sebagai askar Senoi Prag ( Batalion askar orang asli ) dan juga menjadi pegawai askar Inggeris semasa perang dunia kedua, kini hanya mampu mengesot untuk berjalan
Penulis sedang mengajar Fardhu Ain kepada penduduk kampung, suasana malam yang sungguh sejuk hingga menusuk tulang
Isnin, 23 Mac 2009
Khamis, 19 Mac 2009
Karya Thuluth, contengan Riqa'ah dan Farisi
Alhamdulillah, setelah penat pergi dan balik ke Kedah sebab mesyuarat bulan dakwah di sana, pada tengah malamnya ana sampai di rumah. Macam biasa, ana menerima tetamu dari UKM Abdus Salam, dan sempat berbicara menhenai khat dengannya sehinga pagi. Dalam berbual dengannya, ana sempat melakar beberapa jenis khat dan membuat sedikit latihan bersamanya.
Di atas adalah khat riqa'ah, ni contengan ana pada kertas yang nak dibuang, baik ana conteng dari membazir
Selasa, 17 Mac 2009
Galeri Sayyid Ibrahim ( Guru Seluruh Khattat Tanah Arab )
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya memasukkan karya Sayyid Ibrahim.
Untuk makluman pembaca, Sayyid Ibrahim adalah guru kepada Hashim al-Baghdadi, Abbas Baghdadi, Nasir al-Maimoon, Haddad, Khudair Musa'ad Bur Sai'id, dan ramai lagi khattat terkenal. Beliau seangkatan dengan Husni, Badawi Derani, Abdul Rahman. Sayyid Ibrahim juga merupakan pelajar kepada Abd. al-Aziz al-Rifaie tokoh khattat dari Turki.
Isnin, 16 Mac 2009
Tempahan Khat
Ni tempahan khat untuk semua pemesan..silalah download yer..kalau tak lawa cakap nanti ana buatkan balik
Tashih Khat Lukhman al-Yusufi Kedua
Pertandingan Khat Sempena Jubli Emas Sekolah Moorak Tumpat
Pada 14 Mac 2009, Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanul al-Saadah telah mengadakan pertandingan Khat terbuka sempena sambutan Jubli Emas sekolah tersebit. Hadiahnya agak lumayan. Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori Khat Nasakh, Khat Riqa'ah, dan Khat Thuluth. Pertandingan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Apabila pertembungan dua orang anak murid Ustaz Nik iaitu Amirul dari Tumpat dan seorang lagi dari KIAS. Boleh dikatakan hampir 70 % peserta adalah pelajar Ustaz Nik, selebihnya pelajar ustaz Falah Lai dari Maahad Muhammadi Lelaki. Hakim pula seramai 4 Orang, iaitu saya sendiri, Ustaz Nik, Ustazah Nik Fatimah al-Zahra', dan Ustaz Afifi-
Johan Khat Thuluth dari KIAS ( Pewaris tradisi keunggulan Khat di KIAS takkan terhapus walaupun ketiadaanku di situ )
Buat Saudara Muati81
Assalamualaikum Abd Muati, inilah tulisan nama Muhammad Danial, yang enta minta, kalau ada salah eja enta oyak balik dekat ana, ana buat semula.
Tulisan ana yang terbaru, ana baru siapkan semalam. Insya Allah dalam minggu akan datang kita akan mengikuti kuliah Khat Sayyid Ibrahim, guru kepada khattat-khattat sekitar tanah Arab. Semoga mendapat manfaat daripada kaedahnya.-
Jumaat, 13 Mac 2009
Tashih Khat Lukhman al-Yusufi
Buat Lukhman.. Ni lah sedikit ilmu yang dapat dikongsikan dengan anta, harap dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya.
Galeri Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki
Alhamdulillah, kali ini saya telah berjanji nak memasukkan hasil karya ustaz Nik Abdul Rahman Zaki. Walaupun gambar di bawah ini di ambil melalui HP saya yang terlalu tak canggih....boo layan lah. Jadi silalah tengok dan pelajarinya.
Karya Thuluth ini adalah penyertaan U. Nik dalam pertandingan di IRCICA, walaupun hebat tarqibnya, namun nasib belum menyebelahi U. Apapun tahniah
Ni ARTWORK adik u Nik, tulisan u Nik tapi yang mengaler adiknya Nik Fatimah Al-Zahra
Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah
Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah
Haa...Ni lah yang dapat tempat pertama masa pertandingan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Semarak Jawi Kebangsaan, saya pula dapat tempat kedua. Yang Tashih tulisan saya sendiri tu pun u Nik juga. Hehe
Yang ni pula masa masuk Asean kat Brunei 2006...Tak der rezeki, takper u. Nik cakap dia dah dua kali dapat johan, syukurlah tak dapat pun
Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.
Yang ni pula tulisan yang diminta oleh kerajaan Kuwait untuk dimasukkan ke dalam mu'jam al-Khattatun. U Nik mengharumkan nama negara kerana merupakan tokoh khat international dan berjaya menarik perhatian dunia khususnya bahawasanya Malaysia juga mampu melahirkan Khattat seiring dengan Khattat dari negara Arab. Tahniah Ustaz
Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.
Langgan:
Catatan (Atom)