Alhamdulillah, kali ini saya telah berjanji nak memasukkan hasil karya ustaz Nik Abdul Rahman Zaki. Walaupun gambar di bawah ini di ambil melalui HP saya yang terlalu tak canggih....boo layan lah. Jadi silalah tengok dan pelajarinya.
Karya Thuluth ini adalah penyertaan U. Nik dalam pertandingan di IRCICA, walaupun hebat tarqibnya, namun nasib belum menyebelahi U. Apapun tahniah
Ni ARTWORK adik u Nik, tulisan u Nik tapi yang mengaler adiknya Nik Fatimah Al-Zahra
Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah
Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah
Haa...Ni lah yang dapat tempat pertama masa pertandingan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Semarak Jawi Kebangsaan, saya pula dapat tempat kedua. Yang Tashih tulisan saya sendiri tu pun u Nik juga. Hehe
Yang ni pula masa masuk Asean kat Brunei 2006...Tak der rezeki, takper u. Nik cakap dia dah dua kali dapat johan, syukurlah tak dapat pun
Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.
Yang ni pula tulisan yang diminta oleh kerajaan Kuwait untuk dimasukkan ke dalam mu'jam al-Khattatun. U Nik mengharumkan nama negara kerana merupakan tokoh khat international dan berjaya menarik perhatian dunia khususnya bahawasanya Malaysia juga mampu melahirkan Khattat seiring dengan Khattat dari negara Arab. Tahniah Ustaz
Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan