Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Selasa, 24 Mac 2009

Berdakwah Itu Terlalu Manis ( Dakwah Orang Asli Pos Ladoi )


Susah untuk aku memperkatakan pengalaman ini..setelah hampir setahun lamanya aku tidak meneruskan visi dan misi menyebarkan dakwah Islamiah kepada peribumi Tanah Melayu..Aku merasakan sahabat-sahabatku di kalangan penda'ie juga merasakan sama pengalaman denganku seandainya membaca coretan ini. Golongan mad'uu ini adalah sahabat yang perlu kita dekati, selami, dan fahami sosio kehidupan mereka dalam rentak menjiwai hati mereka kepada Nur Ilahi.
Aku dapat merasakan cetusan ini apabila seorang penduduk asli yang kini bekerja sebagai buruh di Gua Musang meluahkannya kepadaku. " Ustaz, macamana kami taknak maju ustaz, kalau asyik masuk seminggu keluar, masuk dua tiga hari keluar, penggerak JxxxM sendiri pun tak masuk duduk di kampung, orang Kristian boleh duduk bertahun-tahun sampai kahwin pun ader ustaz"....Nah inilah tamparan bagi pendakwah yang berdakwah semata-mata memenuhi kehendak kehidupan , apakah itu? Iaitu wang. Aku rasa terpanggil untuk menyahut cabaran orang asli itu. Keazamanku satu, andaiku mati dalam medan ini, aku berpuashati kerana matiku tidak sia-sia.
Memang benar aku seorang Khattat, dan seorang penjawat awam, tapi aku akan mencari jalan bagaimana untuk membantu Islam supaya dapat dihayati dengan syumul bersama masyarakat orang asli. Kalau Saiyyidina Abu Bakar al-Siddiq sanggup mengorbankan hartanya sehingga tinggal pakaian sehelai sepunggung, kalau Abd al-Rahman al-Auf sanggup mengorbankan perniagaannya demi Islam, Omar menjadikan nyawanya sebagai pertaruhan demi kedaulatan Islam, mengapa aku seorang Ummah, akhir zaman, mempunyai pelbagai kemudahan, tidak mampu berkorban sebagaimana sahabat? Ohh...aku rela, aku sedia, aku merindui, akan mati sebagai pejuang agama Allah tatkala aku menyebarkan Islam kepada saudara peribumiku di pedalaman. Aku tahu, kehidupan ini sementara, kerana aku mencintai kehidupan di sana...kekasihku yang abadi sedang menantiku, dan aku merinduiNya setiap detik jantungku.
"Ya Allah, ku tahu qudrat-Mu melebihi segala-galanya, perkenankan doaku ya Allah, jangan kau matikanku sebagai seorang Yahudi atau Nasrani, matikanlah aku sebagai Ummat Muhammad, Ya Allah, jangan kau matikanku sebagai mati yang sia-sia, akan tetapi, matikanlah aku sebagai mujahid agamaMu, berjuang demi cintaku padaMu, Ya Allah, jangan kau matikanku di dalam samar Jahiliyyah moden ini, tetapi kau matikanlah aku dalam cahaya Nur Mu, dan dekantkanlah aku untuk aku bersamaMu, supaya cintaku terbalas hanya untukMu"....Amiin....

Penulis bergambar di sisi anak sungai di Pos Ladoi

Bersama sahabat seperjuangan yang masuk ke perkampungan orang Asli Pos Ladoi

Sahabat penulis bersama Atak Anjang, bekas batin Pos Hau ( Pusat utama Ladoi ) yang pernah bekerja sebagai askar Senoi Prag ( Batalion askar orang asli ) dan juga menjadi pegawai askar Inggeris semasa perang dunia kedua, kini hanya mampu mengesot untuk berjalan


Penulis sedang mengajar Fardhu Ain kepada penduduk kampung, suasana malam yang sungguh sejuk hingga menusuk tulang




Ziarah mahabbah ke perkampung bersebelahan dengan Pos Ladoi




Tiada ulasan:

Sembang Yahoo Online