Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Isnin, 17 Ogos 2009

Ijtima' Penulis Khat Dan Perbincangan Modul Kursus PSKK

YDP Us. Mohammad Yusuf Menyampaikan Cenderahati Dari PSKK Kepada Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ) YBhg Tuan Hj Paimuzi Sementara DiPerhatikan Oleh Ketua Pengarah Jakim YBhg Sohibul al-Samahah Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Syeikh Abdul Aziz


YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Menyampaikan Cenderahati Kepada Ketua Pengarah Jakim Di Atas Kesudian Beliau Bersama Dengan Ahli PSKK Dalam Majlis Makan Malam

Penulis Blog Bersama Gurunya Al-Fadhil Us. Nik Abdul Rahman Zaki Selaku Moderator Bengkel Pembentukan Modul Kursus Jangka Pendek Khat Nasakh

YBhg Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Syeikh Abdul Aziz Sedang Menyampaikan Ucapan Pada Majlis Makan Malam Bersama Ahli PSKK


Al-Fadhil Ayahanda Us. Asra' DBKL Bersama Khattat Senior PSKK, Berkopiah Adalah Al-Fadhil Us. Fadhil Dari Yayasan Restu, Dan Beberapa Orang Ahli PSKK Yang Aktif

YDP Us. Mohammad Yusuf Pada Ucaptamanya

YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Mendengar Perbentangan Dari Kumpulan Us. Nik Mengenai Objektif Serta Modul Cadangan Bagi Modul Kursus Jangka Pendek Khat Nasakh

Semasa Minum Malam Setelah Selesai Sesi Pertama, Turut Kelihatan Us. Ahmad Mustafa, Bekas Pensyarah Khat Ummul Qura' Saudi

YDP Us. Mohammad Yusuf Sedang Memberikan Komentar Terhadap Pembentang Kertas Cadangan Modul
Guruku Yang Amat Ku Sanjungi Al-Fadhil Us. Haliyas Abu Bakar Dari Terengganu Sedang Mempersembahkan Slide Kumpulan Beliau

Assalamualaikum Dan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua Khattat dan peminat seni Islam. pada 14, 15, dan 16 Ogos yang baru saja berlalu, pihak Jakim telah menjemput kepada pihak Persatuan Seni Khat Kebangsaan ( PSKK ) bagi duduk bersama membincangkan satu modul Khas bagi mewujudkan kursus jangka pendek bagi pelajar-pelajar IPT, Pelajar Sekolah, seterusnya orang awam dan penjawat awam untuk berkursus bagi memahirkan seni khat.
Pada pertemuan ini, seramai lebih kurang 20 orang pakar-pakar Khat seluruh negara telah berkumpul bagi menjayakan program selama 3 hari 2 malam ini. YDP PSKK Us. Mohammad Yusuf sendiri dalam keadaan yang kurang sihat sanggup turun bersama bagi membincangkan modul tersebut. Antara yang hadir adalah Us. Nik Abd Rahman Zaki, Wakil PSKK Kelantan. Us. Haliyas Abu Bakar Wakil PSKK Terengganu, Us. Ahmad Mustafa PSKK Kedah, Dr. Abd Raof UPM, Us. Fadhil Yayasan Restu, Us. Zainurrahman Penggiat Khat, Us. Wahab ahli PSKK, Us. Ilham wakil Kesuma, JAKIM, Nik Nadzri UIA, Us. Zawadi PSKK, dan ramai lagi.
Pada 15 Hb Ogos sebelah malamnya, YBhg Dato' Ketua Pengarah Jakim turun bersama ahli PSKK bagi jamuan makan malam, semasa ucapan aluan, YDP PSKK telah melontarkan beberapa cadangan kepada YBhg Dato'Ketua Pengarah Jakim untuk menghidupkan serta memurnikan aktiviti seni Khat, antara cadangan YDP adalah pihak Jakim bersama PSKK menganjurkan sesebuah Pertandingan Seni Khat Berprestij peringkat Kebangsaan Sempena apa-apa sahaja sambutan hari perayaan sebagaimana Ma'al Hijrah atau sebagainya. Selain itu, YDP juga mencadangkan agar pihak Jakim dapat menganjurkan Seminar serta bengkel Khat dan ILIM menjadi tempat penganjuran tersebut.
Dalam ucapan balas YBhg Dato Ketua Pengarah, YBhg Dato' amat bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau menyatakan pihak Jakim sudi bekerjasama dengan pihak PSKK bagi menganjurkan pertandingan tersebut, selain itu, YBhg Dato' juga membayangkan dengan harapan, agar suatu masa nanti, pihak PSKK dengan kerjasama Jakim, mampu menganjurkan Diploma Seni Khat sebagaimana rentetan Diploma Tarrannum al-Quran di bawah kelolaan Darul Quran akan dianjurkan tidak lama lagi. Harapan YBhg Dato' amat besar sekali terhadap PSKK, agar suatu masa nanti, PSKK dapat memanjangkan cadangan kepada ajensi-ajensi kerajaan yang lain seperti JKR, JAWHAR, dan banyak lagi untuk memberikan sponser mewujudkan BILBOARD dengan tulisan Khat di pintu masuk utama negara seperti di Sepang, dan banyak lagi. Harapan YBhg Dato' agar PSKK mampu bergerak aktif dan Jakim akan bersiap sedia menghulurkan bantuan. Insya Allah
Dan program ini telah sepakat mencapai satu resolusi bahawa bengkel kedua akan menyusul bagi menyusun kembali modul untuk jangka masa panjang, Insya Allah.- pejuang_khat melaporkan










Tiada ulasan:

Sembang Yahoo Online