Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Rabu, 11 Februari 2009

Inspirasi Dalam Penulisan



Pada 9 Februari yang lalu, u. Nazri Johani ( mantan solo Raihan ) menghubungi saya untuk melukiskan khat di dinding perniagaannya terletak di Pandan Jaya. Agak terkesima saya semasa saya menulis khat di sana, U. Nazri juga amat meminati khat, beliau banyak membantu saya dalam melakarkan dan mewarnakan tulisan saya dengan penuh berhati-hati.
Saya sendiri malu dengan beliau dalam ketelitiannya mewarnakan tulisan saya yang dilakarkan di dinding. Saya sempat bertanyakan kepada u. Nazri, adakah dia meminati Khat, tegas jawab beliau khat adalah tulisan dan seni yang sangat beliau minati. Lega mendengar jawapannya, kami sempat berseloroh tatkala membuat kerja dari pagi sampai ke malam-.





10 Februari 2009-Menulis memang memerlukan kesabaran, terutama dalam pembinaan karya yang penuh dengan masej serta persembahan yang menarik.
Kerap kali kita memerhatikan perhiasan-perhiasan di dinding dengan tulisan ayat-ayat suci al-Quran, terkadang, tulisan tersebut Khattat sendiri pun tak tahu nak baca, bukan kerana ayatnya susah, akan tetapi penulisannya yang tidak menuruti dengan kaedah muktabar serta penulisnya sendiri tak mengenal apa itu erti Khat dan juga bahasa Arab, apa yang menjadi kebimbangan saya adalah kesenian khat suatu masa nanti dipandang serong akan kerana adanya golongan yang tidak bertanggungjawab menulis tanpa ada kefahaman seni.
Pernah suatu masa dahulu terjadi apabila orang Kristian Arab pandai menulis khat dan menggunakan kalimah Allah dalam panggilan God mereka. Bagi umat Islam yang tidak mengetahui akan khat, pati mereka akan tertipu dan membeli karya yang bertujuan merosakkan aqidah umat Islam tersebut-.



11 Februari- Hari ini saya ingin mempersembahkan beberapa jenis alatan menulis khat. Pada awal peringkat pembelajaran khat dulu, seingat saya, saya telah mula menulis dengan menggunakan buluh peleting*. Dan medium kertas yang digunakan adalah kertas lukis, masa tu saya di tingkatan 2, memang jadi malas betul nak menulis sebab ingat memang tangan saya keras macam penukul. Namun Alhamdulillah berkat petunjuk seorang guru, yang mana takkan saya lupakan namanya hingga ke akhir hayat saya, iaitu U. Ibrahim. Selain alim dalam ilmu al-Quran, U. Ibrahim juga menjadi guru utama dalam pengajaran tajwid kepada johan akademik al-Quran ( Abdullah Fahmi ) di sekolah Menengah Ugama Arab Ar-Rahmah Kenali ( Sekarang dikenali sebagai Maahad Ar-Rahmah ).

Kalau tidak salah, jumlah guru yang saya temui untuk mempelajari khat tidak kurang dari 8 orang, antaranya peringkat akhir U.Nik dan U.Zawadi. Semoga Allah merahmati semua guru-guru saya dan juga mereka yang telah merangsangkan diri ini untuk lebih suksess dalam penulisan khat-.



Tiada ulasan:

Sembang Yahoo Online