Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Selasa, 10 Februari 2009

Zaman Manis Bersama Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki


Inilah karya yang telah mendapat tempat kedua sempena pertandingan Lestari Jawi dan Khat Kebangsaan 2007

Untuk pengetahuan pembaca, karya ini telah ditashihkan sebanyak 2 kali dan telah saya tulis sebanyak 33 kali.

Saat bertalaqi dengan Ustaz Nik.



U. Nik kelihatan santai semasa membetulkan tulisan khat saya,
semasa tulisan ini dibetulkan, saya telah berada di tahun akhir bertalaqi dengan beliau





Karya yang berjaya mendapat mumtaz





Saat yang manis memang tak dapat dilupakan walau sesaat pun dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan diriku. Dalam tempoh 4 tahun berlalu, pengalaman mendalami kaedah khat dan teknik penulisan menyebabkan diriku merasakan betapa luasnya ilmu Allah di dunia ini, tatkala aku diketemukan dengan seorang guru yang terlalu zuhud, merendahkan diri, dan sentiasa melemparkan senyuman, menyebabkan aku senang menuntut ilmu khat dengan beliau.


Tanpa mengenakan bayaran, beliau menerima kami bertiga ( aku, Nik Nor Nadzri " UIA", dan Ahmad Maher " UMS" ) untuk belajar khat secara formal. Ketulusan dan ketawada'annya menyebabkan kami semua sentiasa bersungguh-sungguh mencari manfaat dan sirr ( rahsia-rahsia ) yang ada dalam kaedah khat melalui beliau. Aku masih ingat pada 13 Disember 2003, pada jam 10.30 pagi, dalam keadaan hujan gerimis, kami bertiga tiba di sebuah sekolah usang " SMU Bustanul Sa'adah Cabang 3 Moorak, Tumpat Kelantan. Sebelum tiba, aku menggambarkan beliau seorang yang tegas, formal dan garang, pada tanggapanku, sesuai dengan kehebatannya di persada asean. Namun, sangkaanku jangkal sekali apabila melihat beliau menyambut kami dengan senyuman, dan beliau berpakaian baju Melayu serta berpelikat.


Bermula saat itulah kami semua konsisten menuntut ilmu dengan beliau, namun, sehingga ke akhir peringkat menuntut ilmu bersamanya, cuma tinggal saya seorang sahaja. Dari sekolahnya, berpindah ke rumah beliau, dari situlah banyak beliau membongkarkan kaedah-kaedah khat untuk lebih memperhalusi lagi. Hasil yang membanggakan beliau, apabila saya memasuki pertandingan Lestari Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007, pada pertandingan tersebut, saya mendapat tempat kedua, manakala tempat pertama disandang oleh beliau sendiri. itulah saat kegemilangan yang hingga ke akhir hayat saya takkan lupakan. Beliau yang saya maksudkan adalah Al-Fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Qadir...Tokoh khat yang menjadi lagenda zaman berzaman......Semoga Allah memberkati hidup ustaz dan keluarga...








































































Tiada ulasan:

Sembang Yahoo Online