Isnin, 2 Mac 2009

Al-Quran Salinan Tangan Sekitar Tahun 1709





Seperti yang saya janjikan, saya telah berjaya mendapatkan al-Quran tulisan tangan sekitar tahun 1709 Masihi, nama penulisnya adalah Tuan Guru Hj Abdul Rahman ( Tok Bongsu ) berasal dari Pattani Thailand. Keistimewaan al-Quran salinan tangan ini adalah ditulis dalam khat Nasakh dan seakan-akan Khat Hor, gaya tulisan yang kemas serta tersusun.

Al-Quran ini telah ditenggelami air banjir sekitar tahun 1926 ( Bah Merah Kelantan ) selama tujuh hari tujuh malam , walaupun begitu, al-Quran ini tidak mengalami kerosakan melainkan hanya kehilangan sebanyak 3 juzuk sahaja. kini al-Quran ini dalam simpanan Cikgu Aziz berhampiran rumah saya. Kalu nak lihat lebih lanjut sila hubunginya di talian 09-7654428.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan