Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Selasa, 10 Februari 2009

Kaedah Penulisan Khat




Di sini kita akan mempelajari serba sedikit kaedah khat yang telah saya tuliskan bagi memudahkan tatapan pembaca sekalian. Disebelah adalah rajah tiga jenis khat, iaitu Nasakh, Farsi, dan RIqa'ah. Khat-khat ini mempunyai kaedah-kaedah yang berbeza serta memerlukan perhatian yang khusus semasa menulis.


Kaedah penulisan dapat dirujuk di bawah yang mana sempat saya drafkan untuk memudahkan pembaca blog merujuk kepada kaedah yang myktabar.
Pertama adalah kaedah khat Thuluth, khat terbahagi kepada dua jenis, perbezaan adalah kepada persembahan huruf semata-mata dan tidak melibatkan kaedah.


contoh khat di sebelah adalah Thuluth Jali, ini kerana penyusunan penulisan yang agak bertindan, terkadang sesetengahnya terlalu bertindan.


Pembaca bolehlah meniru sebagai latihan asas yang pertama.


Seterusnya adalah perletakan kaedah dengan saiz titik. Pembaca kenalah mempraktikkannya tatkala membuat latihan ( Tidak di atas karya ).


Ini kerana, setiap latihan yang ditulis dengan betul mampu mempengaruhi penulisan sebenar pada karya khat anda.




Kita akan melihat khat kedua iaitu Riqa'ah, khat ini banyak digunakan oleh penulisan orang Arab kerana ianya mudah dan ringkas. Namun, jika diperhatikan tulisan ini amatlah halus serta memerlukan ketelitian yang halus, jika tidak tulisan ini akan nampak kekasaran.

Kaedah pergerakan mata pen juga saya sertakan di sini bagi memudahkan pembaca meniru karya saya ini. Bagi membuat latihan Khat, masa yang diperlukan bergantung kepada ,minat kita, samada 2 hingga 3 jam sehari. Paling kurang sejam. Bergantung kepada mood pembaca sendiri.

Seperti yang telah saya katakan pada permulaan tadi, khat Thuluth Jali kedua


ini adalah lebih padat susunannya berbanding tulisan pertama tadi. Penulisan ini saya tidak sertakan kaedah penulisannya kerana sekadar tatapan sahaja.


Di bawah ini kita akan melihat Khat Thuluth yang kedua iaitu Thuluth A'adi,




Cuba perhatikan kepada gaya susunannya. Tentu terdapat perbezaan ketara

Dan yang paling tepat dikatakan, khat ini merupakan khat yang paling diminati dan disukai ramai kerana kecantikannya yang luar biasa, Cuba perhatikan kebanyakkan tempat banyak dengan karya Thuluth


penyusunannya, kerana khat ini fleksibel mengikut kepada kehendak penulis itu sendiri.

Begitu juga dengan rajah ini, adalah Thuluth A'adi, dan lebih banyak kaedahnya













Khat terakhir pula adalah khat nasakh, khat inilah paling senang dibaca dan paling susah menulisnya kerana ianya perlukan kehalusan serta sabar yang tinggi bagi memastikan kehalusan dan kepuasannya setelah kita menulisnya.



Zaman Manis Bersama Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki


Inilah karya yang telah mendapat tempat kedua sempena pertandingan Lestari Jawi dan Khat Kebangsaan 2007

Untuk pengetahuan pembaca, karya ini telah ditashihkan sebanyak 2 kali dan telah saya tulis sebanyak 33 kali.

Saat bertalaqi dengan Ustaz Nik.



U. Nik kelihatan santai semasa membetulkan tulisan khat saya,
semasa tulisan ini dibetulkan, saya telah berada di tahun akhir bertalaqi dengan beliau





Karya yang berjaya mendapat mumtaz





Saat yang manis memang tak dapat dilupakan walau sesaat pun dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan diriku. Dalam tempoh 4 tahun berlalu, pengalaman mendalami kaedah khat dan teknik penulisan menyebabkan diriku merasakan betapa luasnya ilmu Allah di dunia ini, tatkala aku diketemukan dengan seorang guru yang terlalu zuhud, merendahkan diri, dan sentiasa melemparkan senyuman, menyebabkan aku senang menuntut ilmu khat dengan beliau.


Tanpa mengenakan bayaran, beliau menerima kami bertiga ( aku, Nik Nor Nadzri " UIA", dan Ahmad Maher " UMS" ) untuk belajar khat secara formal. Ketulusan dan ketawada'annya menyebabkan kami semua sentiasa bersungguh-sungguh mencari manfaat dan sirr ( rahsia-rahsia ) yang ada dalam kaedah khat melalui beliau. Aku masih ingat pada 13 Disember 2003, pada jam 10.30 pagi, dalam keadaan hujan gerimis, kami bertiga tiba di sebuah sekolah usang " SMU Bustanul Sa'adah Cabang 3 Moorak, Tumpat Kelantan. Sebelum tiba, aku menggambarkan beliau seorang yang tegas, formal dan garang, pada tanggapanku, sesuai dengan kehebatannya di persada asean. Namun, sangkaanku jangkal sekali apabila melihat beliau menyambut kami dengan senyuman, dan beliau berpakaian baju Melayu serta berpelikat.


Bermula saat itulah kami semua konsisten menuntut ilmu dengan beliau, namun, sehingga ke akhir peringkat menuntut ilmu bersamanya, cuma tinggal saya seorang sahaja. Dari sekolahnya, berpindah ke rumah beliau, dari situlah banyak beliau membongkarkan kaedah-kaedah khat untuk lebih memperhalusi lagi. Hasil yang membanggakan beliau, apabila saya memasuki pertandingan Lestari Jawi dan Khat Peringkat Kebangsaan 2007, pada pertandingan tersebut, saya mendapat tempat kedua, manakala tempat pertama disandang oleh beliau sendiri. itulah saat kegemilangan yang hingga ke akhir hayat saya takkan lupakan. Beliau yang saya maksudkan adalah Al-Fadhil Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Qadir...Tokoh khat yang menjadi lagenda zaman berzaman......Semoga Allah memberkati hidup ustaz dan keluarga...








































































Khamis, 5 Februari 2009

Rabu, 4 Februari 2009

KARYA KHAT TERBARU



"Khat Thuluth Jali "


" Khat Nasakh "


"Khat Kufi Mushaf"



" Lauhat Ijazah al-Khat "



" Khat Thuluth Dan Farisi"

Kesemua khat ini merupakan karya terbaru hasil tempahan orang ramai, namun kini saya mendapat sedikit kepuasan apabila berjaya mendalami beberapa kaedah baru dan rahsia daripada U. Zawadi, U. Nik Abdul Rahman Zaki, namun kelemahan yang dapat saya perhatikan di sini adalah teknik persembahan samada dari segi huruf dan zakhrafat.




































Sembang Yahoo Online