Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Isnin, 30 Mac 2009

Khattat Ahmad al-Ameen ( Libya )

Alhamdulillah, kelmarin saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu seorang Khattat daripada Libya. Ahmad al-Ameen. Beliau merupakan anak murid kepada Faruoq al-Haddad juga cucu kepada al-Syahid al-Fadhil, pejuang kemerdekaan Libya bersama al-Syahid Omar Mukhtar, syahid menentang pencerobohan Itali. Kini beliau merupakan pelajar jurusan Master Engineering di UKM. Silakanlah melihat sedikit karyanya ketika saya menziarahinya di rumah sewa beliau di Kajang.

Tulisan Diwani Jali yang dihadiahkan kepada saya

Lawhat Ijazah al-Khat yang ditashihkan oleh Farouq al-Haddad


Tulisan Khat nasakh Ahmad

Inilah rupa ijazah beliau



Ahmed sedang membuat demonstrasi




beberapa tulisan latihan beliau






Karyanya yang semasa belajar di Libya






Sedang berlatih


Sedang menulis huruf Fa'

Beberapa potong ayat al-Quran ditulis.











Qawaid Khattat Syam ( Ahmad al-Husaini ) Khas Buat Muati

Assalamualaikum. Maafkanlah saya sidang pembaca sekalian kerana begitu lama tidak mendendangkan tulisan khat. Saya agak sibuk sedikit memandangkan tugasan luar pejabat yang sentiasa ada. Dan khas buat Abdul Muati. Terimalah qawaid khat yang ringkas dariku





















Buat pengetahuan semua, penulis khat ini berasal dari Syria dan salah seorang khattat yang hebat dari segi khat Nasakh.






Khamis, 26 Mac 2009

Tempahan Khat Dari Abdul Salam Iskandariah



Buat saudaraku di Mesir. Terimalah sekadarnya-

Selasa, 24 Mac 2009

Latihan Semalam

Ni tulisan tengah malam semalam, letih-letih pun kena nulis, takleh tak nulis keras tangan, kalau dah keras kena pukul dengan hammer baru lembut balik. apapun harap pembaca semua berpuas hati yer.

Berdakwah Itu Terlalu Manis ( Dakwah Orang Asli Pos Ladoi )


Susah untuk aku memperkatakan pengalaman ini..setelah hampir setahun lamanya aku tidak meneruskan visi dan misi menyebarkan dakwah Islamiah kepada peribumi Tanah Melayu..Aku merasakan sahabat-sahabatku di kalangan penda'ie juga merasakan sama pengalaman denganku seandainya membaca coretan ini. Golongan mad'uu ini adalah sahabat yang perlu kita dekati, selami, dan fahami sosio kehidupan mereka dalam rentak menjiwai hati mereka kepada Nur Ilahi.
Aku dapat merasakan cetusan ini apabila seorang penduduk asli yang kini bekerja sebagai buruh di Gua Musang meluahkannya kepadaku. " Ustaz, macamana kami taknak maju ustaz, kalau asyik masuk seminggu keluar, masuk dua tiga hari keluar, penggerak JxxxM sendiri pun tak masuk duduk di kampung, orang Kristian boleh duduk bertahun-tahun sampai kahwin pun ader ustaz"....Nah inilah tamparan bagi pendakwah yang berdakwah semata-mata memenuhi kehendak kehidupan , apakah itu? Iaitu wang. Aku rasa terpanggil untuk menyahut cabaran orang asli itu. Keazamanku satu, andaiku mati dalam medan ini, aku berpuashati kerana matiku tidak sia-sia.
Memang benar aku seorang Khattat, dan seorang penjawat awam, tapi aku akan mencari jalan bagaimana untuk membantu Islam supaya dapat dihayati dengan syumul bersama masyarakat orang asli. Kalau Saiyyidina Abu Bakar al-Siddiq sanggup mengorbankan hartanya sehingga tinggal pakaian sehelai sepunggung, kalau Abd al-Rahman al-Auf sanggup mengorbankan perniagaannya demi Islam, Omar menjadikan nyawanya sebagai pertaruhan demi kedaulatan Islam, mengapa aku seorang Ummah, akhir zaman, mempunyai pelbagai kemudahan, tidak mampu berkorban sebagaimana sahabat? Ohh...aku rela, aku sedia, aku merindui, akan mati sebagai pejuang agama Allah tatkala aku menyebarkan Islam kepada saudara peribumiku di pedalaman. Aku tahu, kehidupan ini sementara, kerana aku mencintai kehidupan di sana...kekasihku yang abadi sedang menantiku, dan aku merinduiNya setiap detik jantungku.
"Ya Allah, ku tahu qudrat-Mu melebihi segala-galanya, perkenankan doaku ya Allah, jangan kau matikanku sebagai seorang Yahudi atau Nasrani, matikanlah aku sebagai Ummat Muhammad, Ya Allah, jangan kau matikanku sebagai mati yang sia-sia, akan tetapi, matikanlah aku sebagai mujahid agamaMu, berjuang demi cintaku padaMu, Ya Allah, jangan kau matikanku di dalam samar Jahiliyyah moden ini, tetapi kau matikanlah aku dalam cahaya Nur Mu, dan dekantkanlah aku untuk aku bersamaMu, supaya cintaku terbalas hanya untukMu"....Amiin....

Penulis bergambar di sisi anak sungai di Pos Ladoi

Bersama sahabat seperjuangan yang masuk ke perkampungan orang Asli Pos Ladoi

Sahabat penulis bersama Atak Anjang, bekas batin Pos Hau ( Pusat utama Ladoi ) yang pernah bekerja sebagai askar Senoi Prag ( Batalion askar orang asli ) dan juga menjadi pegawai askar Inggeris semasa perang dunia kedua, kini hanya mampu mengesot untuk berjalan


Penulis sedang mengajar Fardhu Ain kepada penduduk kampung, suasana malam yang sungguh sejuk hingga menusuk tulang




Ziarah mahabbah ke perkampung bersebelahan dengan Pos Ladoi




Khamis, 19 Mac 2009

Tempahan JAKIM

Karya Thuluth, contengan Riqa'ah dan Farisi


Alhamdulillah, setelah penat pergi dan balik ke Kedah sebab mesyuarat bulan dakwah di sana, pada tengah malamnya ana sampai di rumah. Macam biasa, ana menerima tetamu dari UKM Abdus Salam, dan sempat berbicara menhenai khat dengannya sehinga pagi. Dalam berbual dengannya, ana sempat melakar beberapa jenis khat dan membuat sedikit latihan bersamanya.







Di atas adalah khat riqa'ah, ni contengan ana pada kertas yang nak dibuang, baik ana conteng dari membazir


Ni pulak khat farisi, latihan semata-mata, kalau hodoh jangan marah-

Selasa, 17 Mac 2009

Galeri Sayyid Ibrahim ( Guru Seluruh Khattat Tanah Arab )

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya memasukkan karya Sayyid Ibrahim.
Untuk makluman pembaca, Sayyid Ibrahim adalah guru kepada Hashim al-Baghdadi, Abbas Baghdadi, Nasir al-Maimoon, Haddad, Khudair Musa'ad Bur Sai'id, dan ramai lagi khattat terkenal. Beliau seangkatan dengan Husni, Badawi Derani, Abdul Rahman. Sayyid Ibrahim juga merupakan pelajar kepada Abd. al-Aziz al-Rifaie tokoh khattat dari Turki.

Gambar Sayyid Ibrahim yang dilukis dengan menggunakan khat tulisan namanya Sayyid Ibrahim
















Karya Ku Sedikit Lagi Tok Menjadi

Ini semalam latihan semata-mata. Kalau tak lawa komen lah, tak marah. Huhu

Isnin, 16 Mac 2009

Tempahan Khat

Ni tempahan khat untuk semua pemesan..silalah download yer..kalau tak lawa cakap nanti ana buatkan balik

Ni untuk Ahmad Shahrul Nizam, anaknyer Mujahidah Solehah




Ni untuk Muhammad Fuad, betul tak eja, kalau salah bagitahi nanti ana buat balik


Ni untuk ukhti Intanz, maaf tak sempat tulis Farisi, nanti ana tulis balik Farisi



Tashih Khat Lukhman al-Yusufi Kedua

Buat Lukhman. Cuba tuliskan khat secara slow-slow sikit. Jangan nak buat pantas-pantas, nanti kaedah terburai macam ana tulis. Hehehe. Apapun Ahsanta Ya Lukhman


Pertandingan Khat Sempena Jubli Emas Sekolah Moorak Tumpat

Pada 14 Mac 2009, Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanul al-Saadah telah mengadakan pertandingan Khat terbuka sempena sambutan Jubli Emas sekolah tersebit. Hadiahnya agak lumayan. Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori Khat Nasakh, Khat Riqa'ah, dan Khat Thuluth. Pertandingan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Apabila pertembungan dua orang anak murid Ustaz Nik iaitu Amirul dari Tumpat dan seorang lagi dari KIAS. Boleh dikatakan hampir 70 % peserta adalah pelajar Ustaz Nik, selebihnya pelajar ustaz Falah Lai dari Maahad Muhammadi Lelaki. Hakim pula seramai 4 Orang, iaitu saya sendiri, Ustaz Nik, Ustazah Nik Fatimah al-Zahra', dan Ustaz Afifi-



Johan Khat Thuluth dari KIAS ( Pewaris tradisi keunggulan Khat di KIAS takkan terhapus walaupun ketiadaanku di situ )

Peserta ini pelajar ustaz Falah Lai dari Maahad. Silap tertinggal huruf jer. Walauapapun tahniah kerana tulisan dah meningkat dari dulu.

Sekitar pertandingan Khat



Peserta-peserta sedang menumpukan perhatian semasa menulis







Buat Saudara Muati81

Assalamualaikum Abd Muati, inilah tulisan nama Muhammad Danial, yang enta minta, kalau ada salah eja enta oyak balik dekat ana, ana buat semula.


Tulisan ana yang terbaru, ana baru siapkan semalam. Insya Allah dalam minggu akan datang kita akan mengikuti kuliah Khat Sayyid Ibrahim, guru kepada khattat-khattat sekitar tanah Arab. Semoga mendapat manfaat daripada kaedahnya.-

Karya ni adalah lakaran semata-mata, masih dalam penulisan-


Jumaat, 13 Mac 2009

Tashih Khat Lukhman al-Yusufi

Buat Lukhman.. Ni lah sedikit ilmu yang dapat dikongsikan dengan anta, harap dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya.
Perhatikan serta perhalusi setiap pembetulan dan pergerakan mata qalam ana.

Galeri Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki

Alhamdulillah, kali ini saya telah berjanji nak memasukkan hasil karya ustaz Nik Abdul Rahman Zaki. Walaupun gambar di bawah ini di ambil melalui HP saya yang terlalu tak canggih....boo layan lah. Jadi silalah tengok dan pelajarinya.


Karya Thuluth ini adalah penyertaan U. Nik dalam pertandingan di IRCICA, walaupun hebat tarqibnya, namun nasib belum menyebelahi U. Apapun tahniah


Ni ARTWORK adik u Nik, tulisan u Nik tapi yang mengaler adiknya Nik Fatimah Al-Zahra

Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah


Haa...Ni lah yang dapat tempat pertama masa pertandingan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Semarak Jawi Kebangsaan, saya pula dapat tempat kedua. Yang Tashih tulisan saya sendiri tu pun u Nik juga. Hehe



Yang ni pula masa masuk Asean kat Brunei 2006...Tak der rezeki, takper u. Nik cakap dia dah dua kali dapat johan, syukurlah tak dapat pun




Yang ni pula tulisan yang diminta oleh kerajaan Kuwait untuk dimasukkan ke dalam mu'jam al-Khattatun. U Nik mengharumkan nama negara kerana merupakan tokoh khat international dan berjaya menarik perhatian dunia khususnya bahawasanya Malaysia juga mampu melahirkan Khattat seiring dengan Khattat dari negara Arab. Tahniah Ustaz


Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.



Yang ni salinan yang menang di Turki, untuk tatapan semua


Dan yang ter akhir adalah karya terbaru ustaz Nik. Comel kan, ustaz Nik kata dia mengambil masa 3 hari 3 malam nak siapkan. Harganya..hehehe kalau tak ribu-ribu RM jangan tanyalah yer. Hehehe.-


Ni tulisan ustaz Nik semasa di al-Azhar, masa ni ustaz masih kuat berpegang pada mazhab Iraq ( Hashim Baghdadi )

Dan terakhir karya ustaz Nik yang sama diminta oleh kerajaan Kuwait, Khat Jali Diwani.-












Sembang Yahoo Online