Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Isnin, 30 November 2009

Menjawab Tohmahan Dan Fitnah

Assalamualaikum w.r.t w.b.t




Alhamdulillah, semenjak Aid al-Fitri, sehingga Aid al-Adha baru kita bertemu semula kepada sahabat-sahabat khattat dan pembaca blog ini. Semoga Allah merahmati kalian dengan Rahmat Allah yang luas serta tidak mengenal pada siapa persinggahannya.




Menyoroti kembali kekalahan demi kekalahan dalam pertandingan Khat yang lalu iaitu Marhaban Di Astro dan Manifestasi Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan. Sebenarnya menang dan kalah adalah perkara yang biasa dalam pertandingan, ada yang kecewa, ada yang ketawa. Bagaikan roda, terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Sewaktu di atas, kita disanjung, sewaktu di bawah kita ditendang. Itu adalah adat biasa resam dunia pastinya perit dan manis untuk diterima sesiapapun.




Bagi diri ini, kekalahan bukan tempat untuk menuduh salah siapa, akan tetapi tunding pada diri sendiri kenapa menjadi begitu, beberapa aspek perlu digali. Pertama dan kemuncak adalah niat memasuki pertandingan . Kedua barulah ilmu, Ketiga persediaan samada dari segi mental serta fizikal, dan yang terakhir adalah perasaan.




Faktor dan penyebab telah saya jelaskan. Niat, saya rasa saya perlu memperbetulkan niat kembali seperti dulu saya bertanding...mungkin desakan kekurangan wang menyebabkan Allah menghukum kealpaan saya. Saya sendiri merasai terlalu mengejar wang dengan memenangi pertandingan, walhal saya diajar, dilatih oleh Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki dengan sikap bersederhana, dengan tawaddu' dan laraskan hati bertanding untuk mengukur tahap ilmu kita, tapi sayangnya, saya tersongsang dalam hal ini. Wajarlah Allah menghukum saya dan saya bersyukur, Allah tetap menyayangi saya di dunia dengan menyedarkan saya dari terus lalai...




Kedua, Faktor ilmu, bagaikan pepatah Melayu "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" Bagaikan saya yang baru setahun jagung ini, sudah merasai lebih dengan apa yang ada, walhal, lebih ramai dari saya yang hebat dan berkebolehan. Sikap Ta'asub bi al-Mazhab inilah sebenarnya membawa kecelakaan kepada ummah. Insya Allah, azam dari kekalahan demi kekalahan ini, menyedarkan saya dari lena. Sebagaimana Firman Allah :




إن الله لا يغيروا ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم




" sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri "








Saya merasai bagaikan terpukul dengan ayat tersebut, bahawa saya perlu mengubah diri sendiri. Semoga Allah menyelamatkan saya dari api neraka.




Ketiga, persediaan. Saya rasa, perangai kalut tak menentu perlu saya hapuskan untuk dapatkan ketenangan semasa bertanding. Kelemahan saya, saya suka sangat nak tiru cara orang sebelah, belakang, atau tak kira dari arah mana-mana. Perangai lama...memang wajar saya diasuh dengan berdikari, tetapi kenapa semasa bertanding saya gagal mengawalnya? Tanya pada iman kita.




Dan yang terakhir, perasaan..Setiap kali pertandingan, gemuruh pasti menyerang, itulah menewaskan saya. Bila pegang pen mula terketar-ketar. Tengok sahaja orang mantop-mantop dah lain dah. Kenapa yer? Sebenarnya solat Sunat Tahajjud terlalu kurang, itulah asbab- asbab yang saya sedari.




Menjawab persoalan ramai, kenapa lama saya berdiam diri? Sebenarnya, saya beruzlah sementara untuk menjaga hati dan diri saya. Kini, saya kembali dengan kesegaran lain, nafas dan jiwa yang damai...Walaupun ada yang mengenali keadaan saya sedikit goyah, tapi itu bukanlah penghalang kepada saya.




Ada yang menuduh saya suka menonjolkan diri melalui blog saya. Rasanya, itu tidak tepat, blog adalah medan kita bersuara, tempat meluahkan perkara yang terbuku di hati. Tidak terniat untuk saya membesarkan diri atau takabbur, hanya untuk meminta pandangan kawan-kawan saya.




Seterusnya, saya terlalu overconfidence setiap pertandingan, siap bawa papan hijau lagi, adalah suara sumbang berbunyi " tu nak menunjuk lah tuh, perasan macam dia hebat sangat" Alhamdulillah, sewaktu tohmahan itu keluar dari mulut hamba Allah itu, Allah meluaskan pendengaran saya supaya tersentak dari lamunan jangan tidur sangat. Rasa nak menitis air matapun ada, mungkin betul di sisinya, dan mungkin salah di sisi saya. Dalam ramai2 yang berkumpul, saya tak mengenali yang berkata. Bairlah, mungkin saya tersalah dengar.




Apapun terima kasih yang berkata dan yang menyedarkan, semoga Allah memperbetulkan saya jika betul apa yang didakwa, dan semoga Allah merahmati saudara@saudari yang berkat, dan menutupi aib saudara@saudari di dunia dan akhirat. Saya tak pernah cuba berbuat seperti yang di dakwa. Kelemahan saya, saya tahu, sebab itulah persediaan saya, tiada niat nak tunjuk terror ataupun terrorist.




Dan yang terakhir, terima kasih kepada saudara watashi, saya memang frust, tapi dengan sikap sayalah. Jelas? Semoga pembaca sekalian dapat menilai yang baik atau yang buruk. dan, terimalah sedikit hidangan mata dengan tulisan saya ini. Walaupun tersalah eja, tapi ni adalah hasilan saya. Syukran.( Rujuk Picture di atas )




4 ulasan:

Chapit Zulkefli berkata...

Salam..
Semoga segala usaha saudara diberkati Allah,
biarkan mereka.
Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Salam Aidil Adha.
=)

Firdaus Mahadi berkata...

hati ana terusik bila membacanya.....ana pun bnyk dah kecewa, sejak pertandingan di melaka lagi, sejak tu 'mood' pun dah kurang, just niat masuk pertandingan nak bertemu dgn pakar² khat untuk berkongsi ilmu, 'ambik berkat' dari kehebatan masing²...apepun, tak semestinya yang menang tu 'perfect', termasuklah ana sendiri, tulisan langsung tiada peningkatan, masih di takuk lama...ana yakin enta bakal menggegarkan persada seni khat malaysia satu hari nanti, sbb tulisan, qawaid dan ilmu enta mengenai khat mmg mantap, cuma pada pendapat ana, sesiapapun tidak boleh mengukur tahap pencapaian seseorang itu hanya melalui pertandingan sahaja...perlu juga meilhat dari aspek selain pertandingan dan juga perlulah mengenali individu itu dengan lebih baik....ana mengenali enta sebagaimana enta mengenali ana, insyaAllah kita sama² tahu bagaimana hati budi, naluri, dan usaha antara satu dgn lain, ana pun dah taktau nak nulis ape dah ni....takde idea...hehe...senang citer ada masa lapang kita duduk sama...okeh rakan seperjuangan ;)

Ustaz Ilham Al-Khattat berkata...

Kepada sahabat berdua, Ana minta maaf lambat balas, sebenarnya ana pening sangat sekarang...jaga banduan ni bukanlah mudah, kita kena didik depa ke arah ruh Islam yang syumul. Ana terharu ada dua sahabat seperti kamu, sudi membaca rintihan ana yang hina ini., Semoga Allah memberikan kita yang terbaik dalam memperjuangkan khat ini sehingga akhir hayat. Ana terharu dengan ucapan Chapit, FirdaUS, ana rasa semakin bersemangat dengan adanya kamu. Semoga Allah memberikan percikan cahaya kepada kita bersama.

Kersani Art Studio berkata...

slm... terima kasih kepada ust cz dengan catitan ust pada blog ni membuatkan kesedaran tu tercalit jugak pada ana, ana rasekan ape yg d luahkan pd ust tu sangat berkait rapat jugak dgn diri ana... dan sebahagian nya masih wujud dlam diri ni... sukarnya tuk buang segala apa y d nyatakan oleh ust tu kl tiada capaian iman y utuh... tapi dengan luahan ust tu mmg sgt2 menyentuh jiwa sy y seakan2 sy y berada d tempat ust...terimakasih ust..n untuk ust...semoga bersua dengan kejayaan dalam seni khat ini insyallah...

Sembang Yahoo Online