Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Jumaat, 5 November 2010

Produk Kami (Bersama u. Nik)

Assalamualaikum... Kami menawarkan poster Salasilah Rasul dengan harga yang sangat murah. Jika di pasaran sekarang RM 10.00. Di sini kami menawarkan harga RM 8.00 termasuk kos penghantaran ( Tidak termasuk sabah dan Serawak ). Untuk penghantaran sekitar Kota Bharu tidak akan dicas, harga dikurangkan kepada RM 5.00 Sahaja. Hubungi kami 019-9182182/ 019-9009182. Ustaz Ilham Dan Ustazah W. Nor Hidayah atau 019-3837225 Cikgu Syamimi.

Rabu, 3 November 2010

Tulisan-Tulisan Baru

Sedia untuk Ditempah Dan Dijual. Pada Harga Yang Berpatutan Sila Hubungi talian sebagaimana di Gambar

 JAKIM ( Pendidik )


Dalam Proses- Tempahan MAIWP- 

Khamis, 28 Oktober 2010

Isnin, 18 Oktober 2010

Bersedia Bertemu Anda Dengan Wajah Baru


Global Miracle Resources ( Tempahan Dari Syarikat Yang Memberikan Kerjasama Kepada Pihak Keindahan Khat )

Selawat al-Fatih (Tariqat al-Tijaniyyah )

Alhamdulillah, kini keindahankhat.blogspot.com telah bekerjasama dengan syarikat Global Miracle dalam memasarkan tulisan khat. Di samping itu, dalam mengorak langkah lebih maju, kini pihak kami bersedia menerima tempahan untuk projek-projek mega. Sehubungan itu, kepada pelanggan-pelanggan sekalian, sila hubungi kami seperti talian tersebut 019-9182182 (Pengurus blog-Ilham) 013-6676885 (Pengurus Global Miracle-Kamarul Azmi) 019-9008182 ( Puan W.N. Hidayah -Eksekutif Pemasaran ). Atau e-mailkan ke pejuang_khat@yahoo.com/ ummu_hani09@yahoo.com

Khamis, 18 Mac 2010

Usrati Habibati



Assalamualaikum...Ummu Hani dah setahun lebih dah..Ingat lagi tak masa dia memula lahir dulu...Sekarang dah hampir boleh berjalan...Haa....Dan inilah isteri ana yang ana sayangi...Sykran Sayangku...kau hadiahkanku cahaya hati...suatu pengorbanan yang tak dapat ku balasi dengan apa-apa perkara di dunia ini..melainkan kasih sayangku yang tidak berbelah bahagi terhadapmu...Kau ku sayangi...

Jumaat, 12 Februari 2010

Rabu, 27 Januari 2010

Latihan Dengan Qalam Ijok/ Lidi Kabong

Ni latihan menggunakan Qalam ijok. Alhamdulillah, setakat dok guna ni, memang puas hati, dan kalau tak percaya boleh berhubung dengan sorang dua member ana yang dah menggunakannya. Kalau rasa mahal RM 15.00, ana boleh bagi yang belum proses, RM 5.00 jer, kemudian proses sendiri. Senang jer, kalau dah tau cara nak proses, ana akan asah mata satu, dan contohilah mata tersebut ( macam cerita belalang lak ). Macam biasa, bagi alamat pada HP ana, dan ana akan hantar.



Ni latihan biasa saja, guna kayu resam dan ijok. saiz mata pen resam 1 sm. Besar kan, ana cari dekat gunung Nuang, yang ni tak jual la.

Alhamdulillah, Tulisan ana dah mula disiarkan di RTM

Alhamdulillah, minggu lalu ana baru perasan tulisan ana dah disiarkan di Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Cuba perhatikan logo tu, sebelah nama panelis. Alhamdulillah..terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Saniah kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menulis, dan juga Us.Nik kerana membetulkannya, serta Us. Zawadi yang memberikan tips.

Khamis, 21 Januari 2010

Menulis Khat Dengan Kayu Lidi Kabung/ Ijok ( Promosi )

Assalamualaikum.
Alhamdulillah lama tak jumpa semua, kali ni saya baru nak start balik, agak lama. Hari ini saya nak promote sejenis qalam terbaru, memang qalam ijok digilai oleh ramai khattat Arab memandangkan kekerasannya. Setelah bertahun-tahun saya mencari, baru saya menjumpainya.
Nak cari kayu ijok ni kenalah masuk hutan. Nasib baik saya ada ayah angkat di Hulu Langat, area tu memang banyak pokok Kabung ( kenal tak? Yang biasa makan dalam a.b.c macam buah warna putih ) nak ameknya bukan mudah. Kena panjat, dan hasilnya memang memuaskan. Boleh tengok tulisan saya di bawah.
Aliran dakwat dapat dikawal dengan cantik, kemas, tapi kalau tak pandai raut buat mata, tak jadi gak, kena pandai cari teras yang keras. ( Ingatan, lepas raut mata qalam, mata pisau bolehlah diganti dengan mata pisau baru ). Ustaz Nik Abdul Rahman bagitahu saya, kawannya iaitu Pengarah Pusat Kesenian Khat Kuwait minta, jadi kami pergi masuk hutan cari lidi tersebut. Memang kalau cari yang luruh dia reput. Kena panjat dan cari dalam sabut pokok ijok, baru dapat yang besar dan keras kengkung.
Dan ustaz Nik juga akan menggunakan lidi ijok untuk penulisan mushaf al-Quran versi Khat Thuluth cetakan dan kerjasam USM Pulau Pinang. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri pun menggunakan lidi ijok. Dan memang Ustaz Yusuf sendiri kata susah nak cari yang keras.
Alhamdulillah, dengan saya adalah lima enam batang, cara nak guna bukan satu lidi, kalau lidi yang panjang, potong dalam 2 inci jer untuk buat mata cukup. Kemudian sumbatlah dalam batang pen yang nak dibuang. ( Contoh di bawah ). K. Jadi kalau nak, dengan saya ada, dengan U. Nik Abdul Rahman Ada, kalau nak tempah buat Qalam yang dah siap proses, sila masej saya di talian 019-9182182. Bagi nama, alamat, dan deposit dalam 2 RM. Kos kesemua sekali dengan Pos dalam 15 RM jer. Insya Allah, saya akan bantu sesiapa yang mahu. Orang Arab sebut sebagai Qalam Jawa.
Nanti esok lusa saya nak proses dakwat. Kalau siap, saya akan postkan hasilnyer..sama-samalah kita tengok yer.
Ni tulisan 100% menggunakan lidi ijok/ kabung saiz 3 mm. Memang puas hati dengan kekemasan aliran dakwat.



Nilah koleksi qalam ijok yang diejah jadi pen khat. Tulisan besar tu pakai saiz qalam 5 mm


Tengok dari jarak dekat sikit

Ni lah lidi-lidi ijok/ Kabung yang belum diproses




Yang ni karya penuh,
niru u. Baki



Sabtu, 12 Disember 2009

Thanks For My Sir Mr Waleed Karajah (غفر الله له ذنوبه)





Tasheh From Mu'allim al-Khat From Jordain, Mr Waleed Karajah;. He's correct my art work.





















That's special give from Mr Waleed. He's wrote my signature with Khat ijazah. The most important khat for the all khattat in the world. For my sir, Thank for this beautiful calligraphy. Now, I'm must to try to give to you special. Hehehe, Insya Allah.

Isnin, 30 November 2009

Sayyid Ibrahim Rujukanku



Alhamdulillah, ni karya dan latihan keduaku
Semoga Allah menyelamatkanku dari kegelapan dunia dan akhirat. Dalam keadaan bersedih, aku terpandang buku Khat Sayyid Ibrahim, pemberiaan U. Nik Abd Rahman Zaki....menitis dan menangis tatkala mengenangkan keikhlasan beliau mendidikku..
Betullah, terlalu berbeza darjat beliau berbanding diriku..ku tatapi keikhlasannya dengan tidak pernah bersungut, mengenai kedatanganku ke rumahnya untuk bertalaqi khat. Tidak pernah sesen pun diminta dariku..Ilmu yang dicurahkannya, terlalu banyak.
Apa yang penting darinya telah ku pelajari..bersabar, jangan cepat mengalah, senyum selalu walau keperitan melanda. Dan, Husnu al-Dzon dengan semua orang. Itulah ustaz Nik. Bukan aku ta'asub, tapi hakikatnya telah ku bandingkan dengan orang lain.
Insya Allah, ku memegang janji ini, untuk berjaya dalam bidang ini, takkanku undur walau apa yang terjadi. AKu mahu suatu masa nanti, beliau merasakan ilmu yang dicurahkan padaku, tidak sia-sia.
Rujukanku seperti rujukannya. Sayyid Ibrahim...Tokoh khat yang begitu hebat dan mampu menggegarkan dunia seni melalui kehalusannya.

Menjawab Tohmahan Dan Fitnah

Assalamualaikum w.r.t w.b.t




Alhamdulillah, semenjak Aid al-Fitri, sehingga Aid al-Adha baru kita bertemu semula kepada sahabat-sahabat khattat dan pembaca blog ini. Semoga Allah merahmati kalian dengan Rahmat Allah yang luas serta tidak mengenal pada siapa persinggahannya.




Menyoroti kembali kekalahan demi kekalahan dalam pertandingan Khat yang lalu iaitu Marhaban Di Astro dan Manifestasi Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan. Sebenarnya menang dan kalah adalah perkara yang biasa dalam pertandingan, ada yang kecewa, ada yang ketawa. Bagaikan roda, terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Sewaktu di atas, kita disanjung, sewaktu di bawah kita ditendang. Itu adalah adat biasa resam dunia pastinya perit dan manis untuk diterima sesiapapun.




Bagi diri ini, kekalahan bukan tempat untuk menuduh salah siapa, akan tetapi tunding pada diri sendiri kenapa menjadi begitu, beberapa aspek perlu digali. Pertama dan kemuncak adalah niat memasuki pertandingan . Kedua barulah ilmu, Ketiga persediaan samada dari segi mental serta fizikal, dan yang terakhir adalah perasaan.




Faktor dan penyebab telah saya jelaskan. Niat, saya rasa saya perlu memperbetulkan niat kembali seperti dulu saya bertanding...mungkin desakan kekurangan wang menyebabkan Allah menghukum kealpaan saya. Saya sendiri merasai terlalu mengejar wang dengan memenangi pertandingan, walhal saya diajar, dilatih oleh Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki dengan sikap bersederhana, dengan tawaddu' dan laraskan hati bertanding untuk mengukur tahap ilmu kita, tapi sayangnya, saya tersongsang dalam hal ini. Wajarlah Allah menghukum saya dan saya bersyukur, Allah tetap menyayangi saya di dunia dengan menyedarkan saya dari terus lalai...




Kedua, Faktor ilmu, bagaikan pepatah Melayu "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" Bagaikan saya yang baru setahun jagung ini, sudah merasai lebih dengan apa yang ada, walhal, lebih ramai dari saya yang hebat dan berkebolehan. Sikap Ta'asub bi al-Mazhab inilah sebenarnya membawa kecelakaan kepada ummah. Insya Allah, azam dari kekalahan demi kekalahan ini, menyedarkan saya dari lena. Sebagaimana Firman Allah :




إن الله لا يغيروا ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم




" sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri "








Saya merasai bagaikan terpukul dengan ayat tersebut, bahawa saya perlu mengubah diri sendiri. Semoga Allah menyelamatkan saya dari api neraka.




Ketiga, persediaan. Saya rasa, perangai kalut tak menentu perlu saya hapuskan untuk dapatkan ketenangan semasa bertanding. Kelemahan saya, saya suka sangat nak tiru cara orang sebelah, belakang, atau tak kira dari arah mana-mana. Perangai lama...memang wajar saya diasuh dengan berdikari, tetapi kenapa semasa bertanding saya gagal mengawalnya? Tanya pada iman kita.




Dan yang terakhir, perasaan..Setiap kali pertandingan, gemuruh pasti menyerang, itulah menewaskan saya. Bila pegang pen mula terketar-ketar. Tengok sahaja orang mantop-mantop dah lain dah. Kenapa yer? Sebenarnya solat Sunat Tahajjud terlalu kurang, itulah asbab- asbab yang saya sedari.




Menjawab persoalan ramai, kenapa lama saya berdiam diri? Sebenarnya, saya beruzlah sementara untuk menjaga hati dan diri saya. Kini, saya kembali dengan kesegaran lain, nafas dan jiwa yang damai...Walaupun ada yang mengenali keadaan saya sedikit goyah, tapi itu bukanlah penghalang kepada saya.




Ada yang menuduh saya suka menonjolkan diri melalui blog saya. Rasanya, itu tidak tepat, blog adalah medan kita bersuara, tempat meluahkan perkara yang terbuku di hati. Tidak terniat untuk saya membesarkan diri atau takabbur, hanya untuk meminta pandangan kawan-kawan saya.




Seterusnya, saya terlalu overconfidence setiap pertandingan, siap bawa papan hijau lagi, adalah suara sumbang berbunyi " tu nak menunjuk lah tuh, perasan macam dia hebat sangat" Alhamdulillah, sewaktu tohmahan itu keluar dari mulut hamba Allah itu, Allah meluaskan pendengaran saya supaya tersentak dari lamunan jangan tidur sangat. Rasa nak menitis air matapun ada, mungkin betul di sisinya, dan mungkin salah di sisi saya. Dalam ramai2 yang berkumpul, saya tak mengenali yang berkata. Bairlah, mungkin saya tersalah dengar.




Apapun terima kasih yang berkata dan yang menyedarkan, semoga Allah memperbetulkan saya jika betul apa yang didakwa, dan semoga Allah merahmati saudara@saudari yang berkat, dan menutupi aib saudara@saudari di dunia dan akhirat. Saya tak pernah cuba berbuat seperti yang di dakwa. Kelemahan saya, saya tahu, sebab itulah persediaan saya, tiada niat nak tunjuk terror ataupun terrorist.




Dan yang terakhir, terima kasih kepada saudara watashi, saya memang frust, tapi dengan sikap sayalah. Jelas? Semoga pembaca sekalian dapat menilai yang baik atau yang buruk. dan, terimalah sedikit hidangan mata dengan tulisan saya ini. Walaupun tersalah eja, tapi ni adalah hasilan saya. Syukran.( Rujuk Picture di atas )




Jumaat, 11 September 2009

Tulisan Baru...Tok Puas Hati Tulis Huduh Masa Pertandingan Di Klang




Assalamualaikum, semua, ni tulisan latihan ana terbaru, kira ni macam puas hatilah, ntahlah kenapa, masa pertandingan tu kenapa tulis macam tak biasa tulis, jadi ni ana tulis untuk mengubat hati, hari tu memang tulisan huduh....


Isnin, 7 September 2009

Sekitar Pertandingan Khat Marhaban Di Astro 5 September Dan Final 6 September

Alhamdulillah, setelah selesai pertandingan khat selama dua hari di Klang, akhirnya, juara telah diumumkan, juaranya tidak lain dan tidak bukan, Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir, tokoh khat yang digeruni oleh semua khattat Tanahair. Jadi, silakanlah lihat sekitar pertandingan khat tersebut.
Mula-mula nak buat bulat, tapi jadi aper ntah..haHahaha
Atas tu logo saya untuk final, aduhhh, habis modal tau

Logo Johan Pakej Menunaikan Umrah. Tulisan Tok Guruku, Ustaz Nik



Tulisan Johan Kelayakan Grand Final Marhaban di Astro, Siapa lagi, Ustaz Nik la...

Ustaz Nik sedang melakarkan karyanya


Peserta Final dari Pahang


Kelihatan Ustaz Hasrol sedang khusyuk melakarkan karyanya


Yang ni, orang expert Jally Diwani dari Kodah


Ehem-ehem, siapa lagi kalau bukan saya sendiri....sumbak. Yang ni tulisan final saya


Malam sebelum pertandingan, dari kiri Khattat Anis, Johan Kelayak P.Pinang, Ustaz Zuhud, Ustaz Nik, dan Ustaz Hasrol


Ni logo Marhaban di Astro ana, macam longgar sikit kan...kalut sangat2 ni


Atas logo tulah tulisan ana semasa pusingan kelayakan








Logo kelayakan ke Final Ustaz Nik




Tulisan ustaz Nik untuk kelayakan ke final





Tulisan kelayakan ke final ustaz Fadil



Dalam bulatan tengan Muhammad tu, tulisan Ustaz Fadil untuk pusingan kelayakan




Imad pun tengah pening kepala, memang saingan sengit sangat masa kelayakan


Barisan khattat-khattat pelapis




Wakil dari Yayasan Restu


Ustaz Fadil sedang berkarya



Ehem, cuba teka, siapa ni...


Ustaz Nik dalam proses melakarkan tulisan


Hasil lakaran keduanya




Sebagai anak murid yang taat, mestilah saya nak dok sebelah guru saya ( campur dengan nak curi idea sebenarnya hehehe )




Ustaz Jal, lawyer yang hebat dari segi tarqiq Khat Thuluthnya



Ustaz Nik sedang khusyuk menulis, tak perasan kemera tengah shoot








Yang sorang ni gaya jer lebih, tapi hampeh..hehe, gi final pun sebab ada orang tarik diri..hahaha




Masa ni bukan main semangat lagi, hehe...



























Sembang Yahoo Online