Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Jumaat, 13 Mac 2009

Galeri Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki

Alhamdulillah, kali ini saya telah berjanji nak memasukkan hasil karya ustaz Nik Abdul Rahman Zaki. Walaupun gambar di bawah ini di ambil melalui HP saya yang terlalu tak canggih....boo layan lah. Jadi silalah tengok dan pelajarinya.


Karya Thuluth ini adalah penyertaan U. Nik dalam pertandingan di IRCICA, walaupun hebat tarqibnya, namun nasib belum menyebelahi U. Apapun tahniah


Ni ARTWORK adik u Nik, tulisan u Nik tapi yang mengaler adiknya Nik Fatimah Al-Zahra

Ni lah salinan karya yang mendapat tempat keenam kategori Khat Riqa'ah di Turki. Tahniah


Haa...Ni lah yang dapat tempat pertama masa pertandingan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Semarak Jawi Kebangsaan, saya pula dapat tempat kedua. Yang Tashih tulisan saya sendiri tu pun u Nik juga. Hehe



Yang ni pula masa masuk Asean kat Brunei 2006...Tak der rezeki, takper u. Nik cakap dia dah dua kali dapat johan, syukurlah tak dapat pun




Yang ni pula tulisan yang diminta oleh kerajaan Kuwait untuk dimasukkan ke dalam mu'jam al-Khattatun. U Nik mengharumkan nama negara kerana merupakan tokoh khat international dan berjaya menarik perhatian dunia khususnya bahawasanya Malaysia juga mampu melahirkan Khattat seiring dengan Khattat dari negara Arab. Tahniah Ustaz


Ini pula macam biasalah, untuk asean, tak dapat no juga biarlah ustaz, rezeki kita kan lepas tu dapat di perpustakaan negara.



Yang ni salinan yang menang di Turki, untuk tatapan semua


Dan yang ter akhir adalah karya terbaru ustaz Nik. Comel kan, ustaz Nik kata dia mengambil masa 3 hari 3 malam nak siapkan. Harganya..hehehe kalau tak ribu-ribu RM jangan tanyalah yer. Hehehe.-


Ni tulisan ustaz Nik semasa di al-Azhar, masa ni ustaz masih kuat berpegang pada mazhab Iraq ( Hashim Baghdadi )

Dan terakhir karya ustaz Nik yang sama diminta oleh kerajaan Kuwait, Khat Jali Diwani.-












Tiada ulasan:

Sembang Yahoo Online