Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Isnin, 30 November 2009

Sayyid Ibrahim Rujukanku



Alhamdulillah, ni karya dan latihan keduaku
Semoga Allah menyelamatkanku dari kegelapan dunia dan akhirat. Dalam keadaan bersedih, aku terpandang buku Khat Sayyid Ibrahim, pemberiaan U. Nik Abd Rahman Zaki....menitis dan menangis tatkala mengenangkan keikhlasan beliau mendidikku..
Betullah, terlalu berbeza darjat beliau berbanding diriku..ku tatapi keikhlasannya dengan tidak pernah bersungut, mengenai kedatanganku ke rumahnya untuk bertalaqi khat. Tidak pernah sesen pun diminta dariku..Ilmu yang dicurahkannya, terlalu banyak.
Apa yang penting darinya telah ku pelajari..bersabar, jangan cepat mengalah, senyum selalu walau keperitan melanda. Dan, Husnu al-Dzon dengan semua orang. Itulah ustaz Nik. Bukan aku ta'asub, tapi hakikatnya telah ku bandingkan dengan orang lain.
Insya Allah, ku memegang janji ini, untuk berjaya dalam bidang ini, takkanku undur walau apa yang terjadi. AKu mahu suatu masa nanti, beliau merasakan ilmu yang dicurahkan padaku, tidak sia-sia.
Rujukanku seperti rujukannya. Sayyid Ibrahim...Tokoh khat yang begitu hebat dan mampu menggegarkan dunia seni melalui kehalusannya.

1 ulasan:

Lukhman Taib berkata...

Assalamualaikum, Ustaz...

Lama tak dengar khabar.

Insya-Allah, cuti panjang lepas SPM ni saya ingat nak belajar Khat Thuluth. Saya gunakan buku tulisan Abbas Baghdadi. Harap ustaz boleh tashihkan tulisan saya.

:D

Sembang Yahoo Online