Perhatian

Amaran !!! Semua hasil kerja di dalam blog ini adalah hakmilik penulis. Adalah dilarang sama sekali untuk mengambil atau apa jua tujuan tanpa keizinan penulis blog. Sekiranya didapati berlaku kecurian, pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. Setiap tulisan khat di dalam blog ini mempunyai ciri-ciri rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan penulisnya sahaja.

Khamis, 12 Mac 2009

Semalam....

Mehnah Dan Rintangan Dakwah Orang Asli...Satu Memori Indah

Setelah menatap kesemua gambar di bawah, rasa ingin aku terbang ke pedalaman Gua Musang ( Pos Pasik ), kerana di sanalah medan terakhir aku bersama Islamic Outreach Abim ( IOA ) dalam berdakwah terhadap masyarakat orang Asli. Pengalaman berdakwah kepada mereka selama 3 tahun, menjadikan aku sebagai seorang yang bertenaga dan berani berhadapan kaum Kristian dalam menegakkan hujah Islam, dan melawan api agama Bahai yang diterap masuk kepada orang asli, jua meleburkan prasangka Anamisma mereka terhadap Islam. Namun, setelah aku berada di sini...Aku seolah-olah dipenjara dari menyebarkan dakwah terhadap golongan ini...

Ada di kalangan penduduk bandar yang merasa jijik terhadap mereka..kerana mereka dianggap pengotor, tidak bertamadun, dan banyak lagi tohmahan palsu dan tidak benar. Bagiku orang Asli lebih mulia imannya jika memeluk Islam berbanding masyarakat Jahiliyah moden di negara ini yang masih mendakwa merekalah yang mendokong Islam sedangkan merekalah yang merosakkan Islam dengan kemegahan mereka. Aku terharu bilamana suatu hari aku memasuki Pos Tuel, penghulu Angah berkata padaku " Ustaz, kami inik, kaloo orang cinak atau orang kristian masuk kampung kamik, kamik akan halau mereka kalu nak sebar agama sesat mereka" . Terkesima diriku ini....seolah-olah aku aku berada di zaman kehebatan Islam yang menyerlah dengan semangat Nur Ilahi yang menerangi jiwa manusia.


Memang benar mereka tidak maju, tidak kaya, namun mereka benar-benar memerlukan pendakwah yang sanggup tinggal, bersama, berkerja, hidup, dan sanggup menggadaikan harta benda demi menyebarkan Islam untuk tinggal dengan mereka. Mengapa tidak ada suatu institusi yang sanggup menyumbangkan pendakwah untuk tinggal bersama mereka? Ada yang berkata.." kami dah bagi sponser untuk orang masuk dalam tu, mereka bekerja secara kontrak doh" ada juga " kerja-kerja dakwah ni banyak perabih boreh ajo" ada juga " kami pun tak dok duit lah mano, nati tengoklah dulu"....banyak alasan, ada juga cakap " mung nak gak masuk mung masuklah guna modal sendiri" ada juga " nak dakwah pedalaman, dakwah masyarakat di luar pun tok selesai lagi "...sedih, pilu, geram dan macam-macam lagi berbaur dalam mindaku terhadap mereka yang tidak peka ini. Tidak sedarkah mereka bahawasanya impak masyarakat orang Asli terlalu besar dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Memang benar mereka adalah manoriti, tapi mereka adalah bumiputa ataupun pribumi asala tanah air kita. Kenapa kita nak mengenepikan mereka?


Soal berdakwah itu adalah fleksibel, tak perlu dibangkitkan kepada siapa kita nak tuju, kalau ada mereka yang sanggup turun padang dan berdakwah, adalah harus dan sampai tahap wajib kita membantu mereka. Jangan dicaci hamun, tapi ingatlah, balasan Allah akan tetap tiba kalau kita berbuat baik walau sebesar zarah sekalipun.



Anak-anak Orang Asli sedang belajar solat sebelum solat terawikh di surau JHEOA Pos Pasik pada bulan Ramadhan 1428 Hijrah



Kereta pacuan 4 roda sumbangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 1985 inilah yang digunakan untuk meredah hutan pedalaman Gua Musang ke Pos Pasik yang penuh cabaran dan rintangan


Penulis blog semasa aktiviti ziarah ke rumah-rumah orang kampung, walaupun keletihan berpuasa tetapi tugasan dakwah tetap diteruskan



Setelah penat meredah hutan selama 5 jam untuk sampai ke Pos Pasik, kami berhenti rehat sambil membasuh kereta di sungai berdekatan kampung. Airnya sungguh jernih sehingga menampakkan kehalusan pasir di dasarnya.




Penulis blog dipakaikan bunga sewang oleh penduduk kampung atas penghargaan kerana masuk berpuasa bersama mereka-





Setelah sekian lama aku menjadi dewasa...kini, tibalah masanya aku merindui kembali alam keremajaanku yang penuh suka dan duka.. Terlintas di mindaku setelah melihat kenangan yang lalu..begitu manisnya perjuangan bersama teman-teman dalam mengharungi ujian, tidak kira samada aku ditarbiyah dan mentarbiyah..ohh...ingin sahaja aku kembali ke pentas keremajaan yang bertenaga untuk mendaulatkan Islam, namun sebagaimana pepatah arab " alangkah indahnya jika zaman muda itu kembali" namun itu sebagai pengharapan yang mustahil di dunia ini. Di saat sisa-sisa kehidupanku ini, aku akan manfaatkannya demi agama Allah- Ilham












1 ulasan:

azhar mohamed berkata...

salam ziarah..

saya merasa apa yang saudara rasa dalam memperjuangkan dakwah islam kepada orang asli walaupun saya pun masih baru lagi dalam bidang ini..

terlalu banyak dugaan dan mehnah yg perlu ditempuhi..

banyak orang pandai berkata,tetapi tidak pula melaksanakannya..

semoga tuhan menetapkan hati kita untuk tabah dalam usaha dakwah ini..

ana harap dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dr akhi yg lebih berpengalaman dlm bidang ini..

wassalam..
salam perjuangan al-azhar

Sembang Yahoo Online